Tidak Perlu Beratur Panjang, Ini Caranya Tukar Duit Raya Di Lokasi ATM Maybank Terpilih

Sudah berbaki beberapa hari sahaja lagi untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri dan pelbagai persiapan sudah mulai dibuat. Selalunya pasti orang ramai akan beratur panjang di kaunter bank untuk tukar duit raya.

Kini anda tidak perlu lagi untuk beratur panjang di kaunter, anda hanya perlu kunjungi pergi ke cawangan Maybank yang terdekat untuk menukar duit raya. Oleh itu, kami kongsikan anda cara mudah untuk mendapatkan duit raya di mesin dan bank terdekat anda bersempena Hari Raya Aidilfitri kali ini.

1. Pergi ke cawangan Maybank terdekat iaitu Maybank yang terpilih sahaja. Sebagai panduan, anda perlu pergi ke mesin ATM yang ada gambar tertera ‘dapatkan waseng kertas RM10 di mesin ini’ yang anda boleh dapatkan tukaran nilai duit raya baru.

Sumber Gambar: Facebook

2. Kemudian, tekan Pengeluaran dan pilih jumlah yang ingin dikeluarkan.

Sumber Gambar: Facebook

3. Jumlah maksimum adalah sebanyak RM300. Pilih dan terus keluarkan duit RM10 baru daripada mesin tersebut.

Sumber Gambar: Facebook

4. Setelah selesai menukar duit raya, anda boleh pergi kaunter depan dan meminta sampul raya.

Untuk makluman, pengeluaran duit boleh dilakukan di 70 lokasi mesin ATM Raya terpilih di seluruh Malaysia. Walau bagaimanapun, pengeluaran ini tertakluk kepada wang kertas RM10 dan RM50 sahaja. Selain itu, setiap mesin ATM hanya mengeluarkan wang kertas bernilai RM10 atau RM50 yang masih baru bergantung kepada lokasi.

Anda boleh rujuk gambar di bawah untuk mengetahui lokasi dan cawangan ATM Maybank terpilih di seluruh Malaysia.

Sumber Gambar: Maybank
Sumber Gambar: Maybank
Sumber Gambar: Maybank

Sementara itu, difahamkan beberapa bank lain selain Maybank turut menawarkan servis yang sama. Klik di sini untuk lokasi ATM Ambank dan klik di sini bagi lokasi ATM Affin Bank yang menawarkan servis pertukaran duit raya.

Semoga dengan tutorial tukar duit raya ini boleh memudahkan anda mendapatkan duit raya untuk Hari Raya Aidilfitri. Malah, duit raya disediakan juga adalah baharu dan hanya disediakan secara khusus bersempena sambutan Hari Raya. Anda juga dinasihatkan untuk mengamalkan SOP supaya dapat membendung penularan COVID-19 sewaktu sambutan kelak.

Sementara itu, ikuti juga tutorial cara menambah kad TnG baharu untuk persiapan bergerak pada Hari Raya kelak.

Ditawarkan Pada Harga RM10, TnG Lancarkan Kad Dengan Sokongan Tambah Nilai Menerusi Telefon Pintar

Pembayaran Minyak Menggunakan TnG RFID Sedia Ditawarkan Pada Beberapa Stesen Shell Terpilih

Sumber
Exit mobile version