NFT sudah menjadi bualan hangat sejak kebelakangan ini, malah sudah semakin ramai orang mulai membeli karya digital itu. Para pemilik juga boleh dilihat memuat naik gambar NFT mereka sebagai gambar profil media sosial.
Terbaharu, platform Twitter bakal memperluaskan lagi pengintegrasian teknologi blockchain menerusi ciri gambar profil NFT. Ciri NFT Profile Pictures ini membolehkan seseorang pengguna memilih koleksi gambar NFT yang dimiliki lalu menggunakannya sebagai gambar profil di Twitter.
Look at what just hit my Twitter App. #NFT profile pictures are here for your flexin’ enjoyment! pic.twitter.com/ibTCJTDpeg
— Richard Ting (@flytip) January 12, 2022
Menariknya, gambar profil yang dipaparkan pula akan berbentuk heksagon sekaligus memberi kelainan berbanding gambar biasa yang dimuat naik ke akaun pengguna sebelum ini. Ini bermaksud gambar NFT yang dipakai pada profil tersebut adalah asli yang mana ia disambungkan menerusi sokongan pengintegrasian teknologi blockchain tersebut.
Setakat ini, ciri tersebut masih berada di peringkat ujian dan hanya boleh diakses oleh segelintir pengguna terpilih sahaja. Akan tetapi, lambat laun nanti pasti ciri NFT Profile Pictures ini bakal diperkenalkan secara meluas buat semua pengguna pula.
Selain itu, terdapat kisah menarik seorang lelaki berjaya menjual NFT selfienya sehingga berjaya mengutip jutaan ringgit pada hari ini.
Jadikan Gambar Sebagai NFT, ‘Selfie’ Harian Lelaki Ini Laris Selepas Tular Di Twitter
Anak Bilionair Di Singapura Ini Cipta Kelab Eksklusif Khas Buat Pemilik NFT Sahaja