Sehingga ke hari ini, kita masih belum mengetahui kata putus berkaitan pelancaran rangkaian 5G oleh DNB. Perbincangan antara syarikat penyedia internet dan kerajaan masih berjalan sehingga akhir bulan berdasarkan laporan sebelum ini.

Terkini, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Zahidi Zainul Abidin menyokong gesaan agar SPRM menyiasat syarikat Digital Nasional Berhad (DNB) dan pelancaran rangkaian 5G yang sepatutnya dilaksanakan oleh syarikat itu.

Sumber Gambar: Free Malaysia Today

Perkara ini berbangkit selepas ahli Pemuda UMNO menfailkan laporan kepada SPRM kemudian menyerahkan memorandum kepada beliau baru-baru ini. Menerusi memorandum ini, mereka telah meminta ketelusan termasuk kos sebenar untuk menggunakan dan penjelasan terperinci kadar borong 5G kepada syarikat telekomunikasi.

Selain itu, terdapat keperluan meletakkan pengawai SPRM dalam organisasi DNB dalam masa yang sama pihak pengurusan DNB perlu membuat pengisytiharan aset dan pelantikan mereka disemak oleh kabinet. Syarikat DNB juga perlu membuat rancangan terperinci untuk penyertaan bumiputera yang mana ketika ini dilihat tiada penglibatan yang besar.

Beliau juga menyifatkan model operasi DNB sebagai monopoli dan ia harus dipecahkan dengan saksama. Malaysia telah menyasarkan untuk muncul sebagai negara kedua di ASEAN di dalam perlumbaan 5G tetapi dilihat masih belum bersedia setakat ini.

Tular pada Mei lalu sebanyak empat syarikat telekomunikasi Malaysia dilaporkan alami kerugian RM26 bilion sebelum sempat tawarkan rangkaian 5G.

Belum Tawarkan Rangkaian 5G, 4 Syarikat Telekomunikasi Malaysia Dilaporkan Sudah Rugi RM26 Bilion

Pelaksanaan 5G Dijangka Bakal Ditangguh Dalam Mendapatkan Persetujuan Semua Pihak