Kesatuan Eropah dijangka akan bersetuju untuk perundangan menyelaraskan hanya satu bentuk pengecasan bagi peranti telefon pintar, tablet dan fon kepala seawal 7 Jun ini. Hal ini sekaligus akan menjadikan semua peranti yang dijual di benua Eropah menggunakan hanya pengecasan USB-C sahaja.

Difahamkan perbincangan berkenaan meluluskan perundangan ini dijangka akan diadakan kali terakhir pada minggu hadapan sebelum ia diluluskan  dan diberikan tarikh implementasinya.

Sumber Gambar: Mr.Phone

Bila bercakap tentang telefon pintar pada hari ini, majoriti telefon pintar menerusi platform Android sudah lama mengadaptasi pengecas berasaskan USB-C sementara hanya iPhone sahaja masih menggunakan pengecas berasaskan Lightning.

Tidak hanya terhad kepada peranti yang dinyatakan, perundangan berkenaan juga dijangka akan diperluaskan untuk merangkumi komputer riba juga. Malah, pihak Kesatuan Eropah sudah melihat untuk hadir dengan piawaian selari untuk pengecasan wireless menjelang 2025 kelak.

Oleh itu, Apple sebelum ini dilaporkan sedang menguji iPhone dengan sambungan USB-C untuk pasaran Eropah.

Apple Dilaporkan Sedang Menguji iPhone Dengan Sambungan USB-C Untuk Pasaran Eropah

Gara-Gara Tidak Tawarkan Pengecas Bersama iPhone 12, Apple Sekali Lagi Disaman Di China