Bored Ape Yacht Club merupakan salah satu NFT termahal yang dijual pada hari ini dengan harga serendah 49 ETH bersamaan RM 978,000 dan kian melonjak naik dengan permintaa semasa. Hal ini sekaligus menjadikan setiap pembelian NFT ini memberikan pulangan yang berbaloi untuk masa kelak.

Dalam pada itu, sebaliknya pula berlaku kepada seorang pemilik NFT ini apabila mengalami kerugian sebanyak RM1.26 juta selepas beliau tersilap meletakkan penyenaraian harga jualan. Pemilik ini yang hanya dikenali sebagai Max ingin menjual NFT BAYC miliknya pada harga 75ETH (~RM1.27 juta) di platform OpenSea.

Sumber Gambar: OpenSea

Akan tetapi, angkara tersalah meletakkan titik perpuluhan pada NFT yang disenaraikan dengan harga 0.75 ETH (~RM 12,700) yang kemudiannya terus dibeli oleh pemilik baharu itu. Beliau terpaksa menerima hakikatnya NFT tersebut dijual pada harga sebegitu rendah kerana ia telah dibeli dengan pantas selepas disenaraikan.

Pembeli tersebut juga telah membuat pembayaran tambahan sebanyak $34,000 (~RM143,000) bagi mempercepatkan proses transaksi bagi memastikan NFT tersebut tidak jatuh ke tangan orang lain pula. NFT tersebut kini dijual semula pada harga 60ETH (~RM1.05 juta) oleh pemilik baharu.

Sebagai pengajaran, perkara ini mungkin berlaku kepada kita sekiranya tidak melakukan penelitian terhadap urusan mahupun transaksi yang ingin dilakukan di dalam kehidupan seharian. Anda diingatkan untuk lebih berwaspada kerana setiap perkara yang berlaku tidak boleh diubah lagi apabila sudah terjadi.

Selain itu, seorang pembeli telah berkongsi mengapa beliau sanggup berbelanja lebih daripada RM50,00 untuk sebuah karya NFT.

Pembeli Ini Jelaskan Mengapa Beliau Sanggup Berbelanja Lebih RM50,000 Untuk Sebuah Karya NFT

Jualan Tertinggi Dalam Sejarah Pentas, Karya NFT ‘Rusuk Emas’ Terjual Dengan Harga RM52,044

Sumber