Terowong SMART secara khususnya telah direka dengan dua fungsi utama iaitu sebagai sebuah terowong yang melencongkan air sekiranya berlaku banjir atau lebuhraya untuk mengurangkan kesesakan trafik di sepanjang Jalan Sungai Besi dan jejambat Loke Yew.

Menerusi laporan terbaharu, sebanyak 5 juta meter padu air banjir berjaya dilencongkan daripada memasuki Kuala Lumpur menggunakan terowong SMART dengan mengaktifkan sistem banjir mod 4 selama 22 jam. Jika air sebegitu banyak tidak dapat dilencongkan, nescaya Kuala Lumpur sudah pasti tenggelam pada ketika ini.

Sumber Gambar: SMART

Bagaimanapun, lima juta meter padu ini berjaya dilencongkan dari Sungai Klang, dan Sungai Ampang, ke Kolam Takungan Taman. Selain terowong SMART, sejumlah aset seperti rumah pam turut beroperasi pada kadar maksimum yang sekaligus membolehkan banjir besar dielakkan di bandar Kuala Lumpur walaupun hujan lebat secara berterusan.

Secara asasnya, terowong ini mempunyai dua dek laluan sehala bagi kenderaan manakala ruang paling bawah adalah laluan untu air. Terowong ini juga merupakan terowong lencongan air yang terpanjang di Asia Tenggara.

Dengan adanya terowong SMART ini, bandar Kuala Lumpur masih berada di dalam keadaan yang terkawal. Setakat hari ini, terowong SMART masih belum dibuka bagi kegunaan perjalanan. Anda boleh menyemak status terowong SMART menerusi laman rasmi SMART atau di media sosial Twitter dan Facebook bagi kemas kini status semasa.

Di samping itu, pihak Smart juga telah mengingatkan orang ramai untuk berwaspada kerana hujan dijangka bakal berterusan buat ketika ini.

https://www.thevocket.com/terowong-smart-aktifkan-sistem-banjir-mod-4-orang-ramai-diminta-waspada-hujan-dijangka-berterusan/

https://www.thevocket.com/terperangkap-dan-mahu-tingkatkan-capaian-bantuan-netizen-lancarkan-daruratbanjir-di-twitter/?utm_source=oembed&utm_medium=web&utm_campaign=20211220

Sumber