Kriptowang sehingga ke hari ini masih mempamerkan kejatuhan nilai yang berterusan. Hal ini membuatkan para pelabur tidak senang duduk kerana kriptowang yang dimiliki sudah tidak bernilai seperti tahun kegemilangnya.

Ketika ini nilai kriptowang Bitcoin menjunam di bawah RM90,000 untuk 1 Bitcoin. Setakat penulisan artikel ini, nilai Bitcoin kini berada pada paras sekitar RM87,632.25. Penurunan mendadak ini sekaligus memadam harapan para pelabur untuk melihat pemulihan nilai Bitcoin yang mana sebelum ini sudah mencapai RM108,720.

Sumber Gambar: Google

Untuk bulan ini sahaja, nilai Bitcoin direkodkan mengalami penurunan sebanyak 16.22% yang mana memberi kesan besar kepada pasaran kriptowang sendiri. Nilai Bitcoin menjadi penanda aras atau petunjuk sama ada keadaan pasaran kriptowang adalah dalam positif atau sebaliknya.

Setakat ini, para penganalisa masih belum mengetahui sebab sebenar bagaimana kejatuhan nilai Bitcoin berlaku pada kali ini. Malah, nilainya menurun secara konsisten tanpa kelihatan sebarang pemulihan pasaran kriptowang. Seperti biasa penurunan nilai Bitcoin turut menyebabkan kriptowang utama lain juga terjejas.

Selain kriptowang, kes kecurian melibatkan NFT dilaporkan mencecah RM450 juta untuk sepanjang tahun 2022.

Kes Kecurian Melibatkan NFT Sepanjang Tahun 2022 Dilaporkan Mencecah RM450 Juta

Kriptowang Bernilai RM847 Juta Telah Dicuri Daripada Pembangun Blockchain Nomad

Sumber