Sudah menjadi kebiasaan apabila membincangkan mengenai telefon pintar, kebanyakkannya mendambakan untuk menggunakan Apple iPhone. Kekuatan jenama ini serta status yang tersedia pada Apple dikatakan antara yang membuatkan orang ramai sanggup mendapatkannya walaupun ditawarkan pada harga yang premium.

Malah, beberapa syarikat telekomunikasi dalam dan luar negara turut mendawarkan pelan bulanan secara kontrak buat para pengguna. Bukan itu sahaja, terdapat pengguna yang sanggup berhutang sehingga 36 bulan atau 3 tahun demi memiliki sebuah Apple iPhone.

Terbaharu, tular sebuah perkongsian daripada Facebook Amirul Shafiq yang berkongsi isu mengenai penyewanya yang memaklumkan gagal melangsaikan sewa bulanan rumah gara-gara ‘terjerat’ dengan ansuran bulanan Apple iPhone 13 256GB yang dilakukan selama 36 bulan.

Lebih membimbangkan, beliau mulai menyediri dirinya baru sahaja membayar ansuran selama 2 bulan atau dalam kata lain, 34 bulan baki pinjaman masih perlu dilunaskan mengikut tempoh.

Isu yang dikongsikan telah meraih lebih 3,300 shares di Facebook Amirul Shafiq di mana rata-ratanya bersetuju untuk mengurangkan komitmen dalam membolehkan penyewa ini meneruskan kehidupan dengan membayar sewa bulanan rumah.

Sumber Gambar: Facebook Amirul Shafiq
Sumber Gambar: Facebook Amirul Shafiq

Selain itu, terdapat juga netizen yang mencadangkan agar menggunakan telefon pintar yang berharga lebih rendah kerana masih mampu menawarkan sebahagian besar fungsi yang tersedia pada iPhone. Tidak kurang juga yang menasihatkan agar cuma mendapatkan iPhone secara ansuran sekiranya ditawarkan tanpa faedah dan mampu sahaja.

Diharapkan isu yang dikongsikan ini dapat menjadi pengajaran kepada orang ramai agar tidak terjerat dengan hutang iPhone semata-mata untuk tampil ‘bergaya’. Sebaliknya, penggunaan model telefon pintar jenama lain atau iPhone model terdahulu antara yang dinasihatkan buat anda yang tidak mahu terlibat dengan ansuran bulanan telefon pintar.

Kecoh pada hari ini apabila dilaporkan Apple Pay sah digunakan secara rasmi di Malaysia membuatkan orang ramai tidak sabar untuk mencubanya.

Boleh Digunakan Secara Rasmi Di Malaysia, Ini Caranya Untuk Aktifkan Apple Pay

Apple Pilih Bulan September Untuk Pengenalan iPhone Dan Apple Watch Baharu