Di era teknologi ini, boleh dikatakan sesiapa sahaja mampu menjadi ancaman kepada penggodam baik pengguna awam mahupun pihak kerajaan dan swasta. Meskipun orang ramai lebih celik teknologi pada masa kini, peningkatan pengguna telekomunikasi juga dilihat turut bertambah yang sekaligus mengundang kepada peningkatan ancaman siber dalam negara.

Hal ini nampaknya turut membeli masalah besar khususnya buat orang awam di mana 12,000 insiden keselamatan siber telah direkodkan setiap tahun. Isu ini bukan sahaja memberi kesan kepada pengguna awam sahaja malah pemilik bisnes SME juga antara yang turut terkesan menerusi risiko terpaksa menaggung kerugian besar berikutan daripada aktiviti godaman dan sebagainya.

Serangan sekuriti digital jelas menunjukkan serangan mampu dituju tanpa mengira individu mahupun kelompok. Malah, pemilik bisnes SME antara yang terkesan menerusi risiko terpaksa menaggung kerugian besar berikutan daripada aktiviti godaman dan sebagainya. Tanpa sokongan sekuriti yang kuat, mana-mana pihak berpotensi untuk digodam bagi tujuan ekspoloitasi oleh pihak penggodam.

Pentingnya mendapatkan perlindungan digital yang komprehensif

Sebagai pengguna awam atau mereka yang mempunyai bisnes yang sederhana kecil, Celcom turut menawarkan sebuah pakej yang dinamakan sebagai Cyber Guard Device dalam memberi perlindungan bagi memperkasakan sistem pengoperasian komputer (OS) dalam menangani ancaman siber yang lebih efektif.

Sebagai contoh, para pemilik yang melanggan pakej daripada Celcom ini bakal bebas daripada masalah melibatkan pelayan laman web yang mencurigakan, menghalang daripada serangan godaman melibatkan pelbagai platform, sistem operasi,e-mel dan lain-lain lagi melibatkan sekuriti digital.

Selain itu, para pengguna juga turut dimaklumkan sekiranya terdapat serangan godam menerusi peranti yang didaftar.

Inisiatif Celcom dalam membantu negara hadapi ancaman siber

Melihat kepada usaha yang dilakukan Celcom, jelas menunjukkan syarikat ini komited dalam menawarkan keselamatan digital bertaraf dunia buat para pengguna serta organisasi di Malaysia.

Selain itu, inisiatif yang dilakukan Celcom berjaya memberi kelegaan kepada sesebuah institusi dalam memastikan data syarikat tidak diceroboh dengan mudah sekaligus meletakkannya sebagai barisan hadapan dalam industri.

Pakej yang ditawarkan jelas mampu milik serta hadir dengan beberapa pilihan terdiri daripada Basic, Advanced dan juga Max dengan harga bermula daripada RM16 sebulan bagi satu lesen. Khusus buat anda yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai keselamat siber yang ditawarkan Celcom, anda boleh klik pada pautan ini.

Tular pada minggu lalu apabila terdapat netizen yang meluahkan rasa kecewa apabila mendapati program ePemula yang dikhususkan buat para pelajar yang dibenarkan untuk perbelanjaan secara offline sahaja.

Netizen Kecewa Program ePemula Hanya Sah Untuk Pembelian Secara Offline Sahaja

Berbekalkan Headphone Razer Kraken, Nyawa Lelaki Ini Terselamat Daripada ‘Peluru Sesat’