Telegram Sahkan Bakal Kenakan Bayaran Pada Pengguna Mulai Tahun 2021

Telegram merupakan aplikasi pesanan yang menjadi pilihan ramai terutama sekali warga kerja untuk memudahkan semua kerja mereka dan miliki ciri keselamatan berkod yang tinggi. Terbaharu, Telegram dilapor akan mula mengenakan bayaran untuk perkhidmatan tertentunya mulai tahun 2021.

Perkhidmatan berbayar itu merangkumi ciri khusus menggunakan kaedah ‘paid features’ namun, servis mesej percuma masih dikekalkan. Menurut Pavel Durov, Telegram akan memperkenalkan kaedah penjanaan wang dan mungkin memperkenalkan sistem iklan.

Menurut Pavel Durov, syarikatnya memerlukan sekurang-kurangnya beberapa ratus juta dolar setahun untuk menampung kos operasi aplikasi Telegram. Malah, hampir semua perbelanjaan untuk menampung kos operasi Telegram dibiayai oleh wang poketnya dan kini memerlukan kaedah baru untuk mendapat pendapatan.

Menerusi sistem berbayar ini, pihaknya dapat memastikan bahawa pengguna menikmati perkhidmatan terbaik selain memperkenalkan ciri baharu pada masa depan. Sejak dilancarkan 7 tahun lalu, aplikasi berkenaan mempunyai hampir 500 juta pengguna aktif.

Sementara itu, tahukah anda KFC bakal tampil dengan konsol yang boleh panaskan ayam? Klik pada pautan di bawah ini untuk ketahui lebih lanjut.

https://www.thevocket.com/mampu-panaskan-ayam-goreng-kfc-perkenalkan-konsol-dengan-sokongan-4k/

https://www.thevocket.com/5-maklumat-yang-laris-terjual-di-pasaran-dark-web-untuk-tahun-2020/

https://www.thevocket.com/selepas-iphone-apple-dijangka-lancarkan-kereta-elektrik-menjelang-2024/

Sumber
Exit mobile version