Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Telegram baru-baru ini telah berkongsi tentang kejayaan mereka muncul tempat kelima teratas sebagai aplikasi yang paling dimuat turun di seluruh dunia pada tahun ini. Difahamkan mereka kini mempunyai lebih 700 juta pengguna aktif bulanan.

Menariknya berkenaan Telegram ini adalah ia berkembang berdasarkan saranan pengguna sendiri dan bukannya menerusi pengiklanan serta lain-lain lagi. Telegram dilihat sudah maju kehadapan dalam menawarkan pengalaman bermesej dengan lebih interaktif dan intuitif.

Sumber Gambar: Telegram

Selaras dengan pengumuman ini juga, mereka turut memperkenalkan Telegram Premium iaitu pelan berbayar untuk mereka yang mahukan akses ciri-ciri tambahan yang menarik berbanding versi percuma. Pengenalan pelan berbayar ini bukanlah untuk mengautkan keuntungan semata-mata, malah mereka mahu memastikan platform ini akan sentiasa ditambah baik.

[Sekejap] Belajar cara trade NFT dalam Bahasa Melayu. Belajar Sekarang!

Dengan ini, pihak Telegram boleh terus menawarkan pelbagai fungsi menarik lagi untuk semua pengguna dalam masa yang sama hadir akses eksklusif buat pelanggan Telegram Premium. Ini sekaligus bakal menjadikan platform Telegram sebagai aplikasi pemesejan yang paling berkuasa di dunia.

Buat anda yang mengetahui lebih lanjut berkaitan Telegran Premium yang baru sahaja dilancarkan, boleh klik pautan di bawah.

Telegram Premium Dilancarkan Secara Rasmi Dengan Harga RM22.90 Sebulan

WhatsApp Kini Mudahkan Urusan Pindahan Data Daripada Android Ke iPhone

© 2022 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group