Platform media sosial seperti Telegram sememangnya menjadi pilihan ramai untuk kekal berhubung bersama kenalan rapat. Ditambah pula jaminan setiap privasi pengguna bakal menjadi keutamaan bagi pihak pembangun sekaligus menambah keyakinan pengguna terhadapnya.
Namun sebaliknya pula yang berlaku apabila pembangun Telegram dilaporkan telah memindahkan data peribadi pengguna kepada Jabatan Jenayah Polis Jerman.
Data-data peribadi yang diserahkan itu pula didakwa melibatkan beberapa suspek yang disyaki terlibat dalam aktiviti jenayah keganasan dan penderaan terhadap kanak-kanak.
Penyerahan data peribadi suspek berkaitan ini bertujuan untuk memudahkan lagi Jabatan Polis Jerman mengakses data para suspek dengan terperinci. Jika laporan ini benar-benar terjadi, maka ia sudah melanggar dengan pendirian Telegram sendiri yang mana tidak akan berkompromi dalam perkongsian data penggunanya walaupun berkaitan dengan penjenayah.
Telegram juga dilihat bakal mengalami masalah besar kerana melanggar undang-undang perlindungan data peribadi dalam sesebuah negara itu walaupun beroperasi di negara lain. Setakat ini, pihak Telegram masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berkaitan isu berbangkit.
Sebelum ini juga sudah dilaporkan berkaitan fail saman terhadap Mark Zuckerberg ekoran menyalah guna 70 juta data pengguna di platform tersebut.
Mark Zuckerberg Sekali Lagi Disaman Angkara Salah Guna 70 Juta Data Pengguna Untuk Tujuan Politik
Bekas Ketua Pengawai Perniagaan Mengaku ‘Menyesal’ Jual WhatsApp Kepada Facebook