Perkembangan teknologi yang pesat pada hari ini membuatkan bakat-bakat profesional diperlukan dalam pelbagai industri terutamanya berkaitan dunia meta dan AR. Maka, syarikat gergasi seperti Meta sedang dalam usaha menggajikan pekerja-pekerja berbakat profesional dalam skala besar daripada syarikat-syarikat teknologi yang lain untuk menjayakan misinya.

Perkara ini sekaligus memberi kesan kepada syarikat berkenaan yang mahu mengembangkan lagi penawaran teknologi baharu serta bersaing dengan sihat di dalam industri. Oleh itu, Apple juga telah mengambil inisiatif untuk mengekalkan para pekerjanya dengan penawaran beberapa bonus yang cukup lumayan.

[caption id="attachment_18188" align="alignnone" width="1200"] Sumber Gambar: Apple[/caption]

Bloomberg melaporkan bahawa pihak Apple telah mengeluarkan beberapa bonus lumayan buat jurutera berperanan penting dengan jumlah sekitar $50,000 (~RM208,675) sehingga $180,000 (RM751,230). Dalam pada itu, sebahagian besar jurutera yang berprestasi tinggi telah menerima saham yang bernilai RM338,880 sehingga RM500,820.

Baru-baru ini, Meta juga dikatakan sudah mengupah sebanyak 100 bekas jurutera Apple dalam beberapa bulan sahaja, manakala Apple tidak dapat menarik sebarang bakat utama Meta ke syarikat mereka.

[caption id="attachment_18189" align="alignnone" width="976"] Sumber Gambar: BBC[/caption]

Persaingan antara Apple dan Meta semakin tegang apabila kedua-dua syarikat ini sudah mula menfokuskan haluan mereka ke arah pembangunan produk realiti maya termasuklah set kepala dan jam tangan pintar. Kedua-dua syarikat ini sudahpun merancang ingin menawarkan produk seperti yang dinyatakan dalam beberapa tahun lagi.

Difahamkan Apple sedia mengeluarkan bonus tambahan $1,000 (~RM4,173) kepada semua pekerja korporat mahupun runcit bersama sokongan teknikal supaya mereka boleh membeli peralatan kerja untuk terus berkerja di rumah semasa pandemik ini.

Terdapat ura-ura Apple mungkin bakal menawarkan fon kepala realiti maya dengan harga mencecah RM16,746 pada tahun hadapan.

https://vocket.tech/apple-mungkin-tawarkan-produk-realiti-maya-dengan-harga-mencecah-rm16746/

https://vocket.tech/tim-cook-dijangka-letak-jawatan-menjelang-2025-selepas-pelancaran-sebuah-produk-kategori-baru/?utm_source=oembed&utm_medium=web&utm_campaign=20211231