Sejak mulai memasuki pasaran Malaysia, jenama vivo nampaknya tidak memerlukan masa yang panjang untuk menjadi pilihan pengguna. Menawarkan seleksi telefon pintar dengan harga mampu milik membuatkan model ini laris di pasaran.

Terbaharu, bersempena dengan Hari Raya yang bakal tiba, vivo Malaysia telah mengumumkan kerjasama dengan LazMall bermula 9 Mei sehingga 10 Mei 2021 dalam menawarkan promosi menarik buat telefon pintar keluaran mereka.

Banner 9th May

Banner 10th May

Menerusi promosi yang dijalankan, para penggun berpeluang mendapatkan telefon pintar keluaran vivo dengan harga serendah RM359 sahaja serta meraih hadiah sehingga RM498 dan baucer bernilai sehingga RM100. Menarik bukan?

Lebih menarik, para pengguna yang mendapatkan telefon pintar vivo menerusi promosi ini berpeluang mendapatkannya dengan pelan tanpa faedah. 1,000 pelanggan terawal yang berbelanja melebihi RM599 bakal turut ditawarkan dengan hadiah misteri Raya bernilai RM299 manakala 1,000 pelanggan seterusnya turut diberikan powerbank atau earphone wireless.

Bukan itu sahaja, pelanggan yang mendapatkan telefon pintar baharu vivo iaitu siri V21 dan Y20 G berpeluang mendapatkan earphone daripada jenama Macaron atau earphone wireless. Waranti tambahan setahun beserta waranti untuk skrin bernilai RM399 turut diberikan.

Hati Rapat, Raya Berkat

Bersempena dengan kempen Hati Rapat, Raya Berkat yang berlangsung, pengguna yang membelanjakan RM500 dan ke atas untuk telefon pintar vivo turut berpeluang mendapatkan hadiah bernilai sehingga RM68,888 termasuk barangan daripada OSIM, TV HD penuh 40-inci serta wang tunai.

Sertai giveaway vivo V21e bernilai RM1,299

V21e Like, Share&Win

Kami yakin ramai yang mahu mendapatkan telefon pintar baharu dengan cara yang mudah bukan? Nampaknya vivo Malaysia sedia merealisasikannya dengan dengan menawarkan vivo V21e bernilai RM1,299 secara percuma. Apa yang perlu anda lakukan anda ikuti tiga langkah mudah ini sahaja. 1. Follow laman rasmi Lazada dan like post ini.

2. Terjah vivo LazMall dan pilih telefon pintar plihan anda dan klik add to cart. Pastikan anda screenshot page berkenaan beserta telefon pintar yang anda pilih.

3. Kongsikan gambar tersebut di post Facebook vivo Malaysia dan berikan sebab mengapa anda mahukan telefon pintar berkenaan. Pastikan juga anda tag tiga rakan anda.

Ketahui lebih lanjut mengenai vivo Malaysia serta kempen yang dijalankan bersama LazMall dengan layari laman rasmi Facebook vivo dan vivo LazMall.

Ketahui lebih lanjut mengenai telefon pintar flagship daripada vivo iaitu X60 Pro yang hadir dengan lensa ZEISS.

Kemampuan Kamera vivo X60 Pro Terbukti Menerusi Kerjasama Dengan Syarikat ZEISS

Dilengkapi Kamera Swafoto 44-Megapixel, vivo V21 Dilancarkan Dengan Harga RM1,599