Dalam zaman serba moden, kehidupan menjadi amat mudah sehingga semuanya mampu dilakukan dengan hanya menggunakan hujung jari. Telefon pintar misalnya, salah satu teknologi yang kadang-kadang disalah guna apabila ia melibatkan maruah diri.

Ia telah merebak ke generasi muda yang kini sudah pun diberikan kemudahan telefon bimbit. Mujur kini ada satu teknologi baharu yang melarang anak anda untuk mengambil gambar bogel di telefon pintar.

te-2
SoraNews24

Satu syarikat telefon bimbit di Jepun, Tone Mobile telah mereka teknologi yang berfungsi sebagai Perlindungan Telefon Pintar – ia mengesan ‘niat’ pengguna yang cuba mengambil gambar tidak senonoh. Telefon pintar Tone e20 ini kemudian akan terkunci sendiri dan gambar tidak dapat diambil.

Satu nota amaran dipaparkan – ‘Foto tidak dapat diambil kerana kandungan yang tidak sesuai’. Apa yang dimaksudkan dengan ‘kandungan tidak sesuai’ tidak dinyatakan oleh Tone Mobile, lapor cnet. Namun mereka menjelaskan bahawa gambar bogel adalah tertakluk di bawah Perlindungan Telefon Pintar.

Tetapi ciri ini boleh dimatikan oleh pengguna dewasa kerana tujuan asal mereka adalah untuk mengawal dan memberi perlindungan kepada pengguna bawah umur yang mungkin dipaksa untuk mengirim ‘kandungan tidak sesuai’.

te-3
SoraNews24

Ibu bapa boleh menyambung telefon pintar mereka ke Tone e20 – cara mudah untuk mengawal anak-anak. Mereka juga akan dimaklumkan jika pengguna cuba mengambil foto yang tidak sesuai. Masa dan lokasi di mana gambar itu diambil juga turut diberitahu kepada ibu bapa dan paling ‘brutal’ mesej tersebut akan disertakan dengan gambar yang anaknya cuba ambil.

Dijual dengan harga 21,780 yen (RM825.00), Tone e20 tergolong dalam kategori telefon pintar yang dipanggil kakiyasu, yang bermaksud ciri-ciri telefon pintar yang mampu milik.

Baca lebih lanjut mengenai telefon pintar di sini, klik pautan di bawah.

https://www.thevocket.com/pengalaman-luar-biasa-dengan-produk-baharu-telefon-pintar-realme-5i-dan-realme-buds-air/

https://www.thevocket.com/telefon-pintar-mirip-iphone-11-pro-ini-dijual-dengan-harga-serendah-rm230-sahaja/

https://www.thevocket.com/vivo-mungkin-perkenalkan-telefon-pintar-dengan-empat-kamera-hadapan/

Sumber