Telefon Pintar Huawei Dengan HongMeng OS Bakal Diperkenalkan Seawal 2020

Kecoh minggu lalu apabila Donald Trump selaku presiden Amerika Syarikat telah meletak Huawei sebagai syarikat senarai hitam untuk dagangan untuk negara mereka. Keputusan ini sekaligus membuatkan Huawei tidak lagi dibenarkan untuk menggunakan servis Google dan YouTube.

Disebalik kesan boikot yang dikenakan, Huawei nampaknya tidak menunggu lama untuk hadir dengan pelan altenatif dalam menggunakan sistem operasi HongMeng OS. Sistem operasi ciptaan Huawei ini dikatakan mula dibangunkan seawal 2012 walaubagaimanapun belum dilancarkan kepada umum.

Sumber: NewsBeezer

Bersempena tiada lagi akses untuk Android, Huawei nampaknya sedang bersedia untuk memperkenalkan telefon pintar pertama mereka dengan HongMeng OS tidak lama lagi.

Berdasarkan sumber TechRadar, jenama ini turut menolak spekulasi dimana mereka bakal memperkenalkan HongMeng OS seawal Jun ini sebaliknya mungkin mengambil sehingga 2020 sebelum dilancarkan kepada umum.

Sumber: androguru

Memandangkan ianya telefon pintar Huawei dengan sistem operasi terbaru pastinya ramai yang menantikannya untuk melihat sejauh manakah sistem operasi ini mampu memberi saingan buat Android.

Huawei dikatakan menamakan sistem operasi HongMeng yang merupakan nama projek sistem operasi mereka kepada ARK OS. Agak menarik untuk menyaksikan bagaimana jenama ini mahu bangkit semula selepas diboikot Google dan Android.

Sumber
Exit mobile version