Seperti yang anda sedia maklum, NFT boleh didatangkan dalam pelbagai bentuk yang berasaskan digital. Anda boleh memperolehi sebarang NFT dengan menjadi pemilik tunggal padanya. Kini sejumlah artis mahupun individu telah menawarkan pelbagai aset digital kepada mereka yang berminat.

Terbaharu, syarikat Viromusic yang bertapak di Amerika Syarikat telah berjaya menterjemah kod genetik COVID-19 menjadi muzik dan mahu menjual komposisi lagu itu sebagai token digital pada harga $285 (~RM1,206). Terdapat sebanyak 10,000 karya lagu yang berjaya dihasilkan menggunakan kod genetik tersebut.

Sumber Gambar: DNA Sonification

Untuk mengekstrak bunyi tersebut, syarikat ini perlu melakukan proses yang dikenali sebagai DNA Sonification di mana ia membaca kod genetik virus dengan menggunakan penjujukan asid deoksiribonukleik (DNA) yang mengembalikan rentetan panjang huruf G,A,T dan C.

Rentetan itu kemudiannya dipecahkan kepada blok tiga huruf yang setiap satunya diberikan nota muzik. Selepas itu, dengan menggunakan perisian untuk mencari satu siri blok itu yang berbunyi seperti muzik. Akhir sekali, mereka menambah rentak dan alat muzik sokongan padanya yang sekaligus menjadi sebuah lagu yang lengkap.

Melodi yang siap untuk dijual sebagai NFT telah disenaraikan dengan harga 0.07 ETH bersamaan dengan sekitar $285 (~RM1,206). Syarikat ini juga berharap pengumpul NFT akan mengambil peluang untuk memiliki kod unik yang telah memberi perubahan begitu besar kepada kehidupan semasa orang ramai.

NFT bukan hanya aset digital yang dimiliki sahaja bahkan terdapat beberapa kelebihan yang boleh dimanfaatkan oleh pemilik. Klik pautan di bawah untuk ketahui.

Tidak Hanya Sekadar Gambar, Lelaki Ini Kongsikan Kelebihan NFT Yang Boleh Dimanfaatkan Pemilik

6 Karya NFT Termahal Dunia Yang Berjaya Dijual Setakat Ini

Sumber