Mulai dilancarkan di negara luar, nampaknya model terbaru daripada vivo iaitu vivo V23e bakal dilancarkan tidak lama lagi buat pasaran Malaysia.

Model yang dilacarkan pada kali ini bakal menyaksikan Mira Filzah dipilih sebagai duta model berkenaan. Selain itu, model ini nampaknya bakal menjadi pilihan pengguna menerusi penawaran mod potrait yang unik.

vivo v23e ditawarkan dengan skrin 6.44-inci AMOLED dengan resolusi FHD+ (2400×1800). Model ini dikuasakan oleh processor MediaTek Dimensity 810 dan menariknya, vivo v23e dilengkapkan dengan vivo Extended RAM 2.0 di mana model ini hadir dengan 8GB RAM beserta 4GB RAM tambahan dalam meningkatkan pengalaman multitasking.

Dari segi kamera, model ini menawarkan tiga kamera pada bahagian belakang dengan sensor 50-megapixel, 8-megapixel dan 2-megapixel manakala kamera hadapan pula dilengkapi dengan sensor 44-megapixel.

Setakat ini, masih belum diketahui berapakah harga yang bakal ditawarkan buat model terbaru vivo ini. Sama-sama kita nantikan pelancarannya secara rasmi pada 9 Disember 2021 untuk mengetahui lebih lanjut fungsi yang tersedia pada model ini.

Tonton juga kehebatan kamera vivo siri X70 yang menampilkan seekor kucing selaku ‘direktor’ filem pendek ini.

vivo Malaysia Lancarkan The PiCATsso, Filem Yang Dirakam Oleh Kucing Menggunakan Siri X70

vivo Lancarkan Siri X70 Dan TWS 2 Secara Rasmi Untuk Pasaran Malaysia