Menjadi kebiasaan di kawasan bandar yang sangat sibuk dengan pelbagai kenderaan sekaligus menghadapi masalah ruangan tempat letak kenderaan yang terhad. Maka, pengilang motosikal Jepun, ICOMA telah memperlihatkan sebuah motosikal elektrik boleh dilipat untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Motosikal elektrik alaf baharu ini telah digelar sebagai Tatamel Bike yang mana ia boleh dilipat sehingga kompak untuk kemudahan penyimpanan di ruang yang kecil. Motosikal ini mempunyai ukuran sepanjang 48.4-inci, ketinggian 39.30-inci dan lebar 25.6-inci apabila dibuka sepenuhnya.

Sumber Gambar: Youtube

Selain itu, Tatamel dikuasakan dengan bateri litium ion fosfate bersama motor 600-watt sekaligus berupaya mencapai kelajuan sehingga 40km/j. Ditambah pula jentera ini mampu bergerak sejauh kira-kira 50km dengan sekali pengecasan sahaja serta hadir bateri mudah alih yang turut boleh mengecas peranti lain menerusinya.

Bukan setakat itu sahaja, pengguna juga boleh mengkustomasi ciri motosikal elektrik ini termasuklah warna dan bahan seperti ilustrasi atau tanda tertentu pada bahagian sisi panel mengikut citarasa anda. Tempat duduk kontemporari  Tatamel di pasang atas panel sisi dengan bahagian atas rata, manakala bar pemegang memanjang ke luar daripada hadapan.

Setakat hari ini, ICOMA sedang membangunkan Tatamel untuk pengeluaran secara komersial kepada pengguna dan masih tidak mendedahkan tarikh keluaran ataupun maklumat penawaran harga.

Super Soco antara syarikat yang menawarkan motosikal elektrik  dengan rekaan yang elegan serta pratikal dan didakwa bakal perkenalkan unit CKD di Malaysia kelak.

Super Soco TC Max, Motosikal Elektrik Dengan Rekaan Elegan Dan Praktikal Untuk Kegunaan Harian

Unik Dan Futuristik, Lelaki Ini Buktikan Basikal EUC Mampu Ditunggang Menaiki Bukit Fraser

Super73, Basikal Elektrik Persis Rekaan ‘Motorcross’ Yang Kompak Dan Tahan Lasak