Tahun 2019 menyaksikan definisi fesyen terkini yang lebih meluas, bukan setakat menggayakan baju daripada pereka terkemuka atau memiliki tas tangan mewah, tetapi kini anda boleh tampil bergaya hanya dengan memiliki atau menggunakan peranti teknologi.
Jika dulu, peranti teknologi hanya berperanan untuk memudahkan kehidupan, tapi kini tak lagi sebabnya ia juga berperanan untuk melengkapkan gaya anda!
Lihat sahaja telefon pintar flagship terbaik daripada HUAWEI, Mate 30 Pro yang menjadi bualan ramai sejak diperkenalkan kepada umum kerana reka bentuk dan gayanya yang trendy. Bukan itu saja, flagship kali ni turut menampilkan peranti sokongan yang berprestasi tinggi untuk fotografi, interaksi dan gaya hidup.
Tak percaya? Berikut kami kongsikan tentang 3 peranti HUAWEI yang tengah meletup di pasaran ketika ini!
Flagship terbaik, HUAWEI Mate 30 Pro
Siri HUAWEI Mate 30 yang dilengkapi cip Kirin 990 bukan sahaja cekap, malah dilengkapi pelbagai ciri hebat. Anda bayangkan anda kini boleh laraskan volume dengan hanya double tap di bahagian tepi skrin je. Senang bukan nak dengar lagu lepas ni! Selain itu, teknologi pengecaman wajah 2.0 yang telah dikemaskini mempercepatkan lagi proses anda unlock smartphone.
Malah, sistem isyarat AI juga telah ditambah pada sistem operasi EMUI 10 bagi membolehkan anda scroll phone tanpa perlu menyentuhnya (sangat mudah kalau anda nak main phone masa tengah makan guna tangan). Anda juga tak perlu risau masalah smartphone panas, sebab Mate 30 Pro dilengkapi teknologi penyejukan filem graphene.
WATCH GT 2, jam tangan pintar dengan gaya memukau!
Ramai orang pilih WATCH GT 2 ni sebab ada banyak tema tersedia di paparan utama untuk penggunanya sesuaikan mengikut senario. Malah, ciri paparan sentuh dan mod operasi butang yang ada turut membolehkan pengguna menyemak kadar degupan jantung, tekanan pada diri dan pergerakan setiap hari.
Menggabungkan kelebihan teknikal HUAWEI, WATCH GT 2 mampu memberi peringatan kepada penggunanya sekiranya jantung berdegup kencang atau rendah. Ia juga mampu menjalankan pemeriksaan premature beat dan ujian ketepuan oksigen darah.
Dilengkapi 15 mod sukan
WATCH GT 2 menyokong sehingga 15 mod sukan, ini termasuklah 8 outdoor (berlari, berjalan, mendaki, berbasikal, trail running, open water dan triathlon) dan 7 indoor (berlari, berjalan, berbasikal, berenang, freedom training, elliptical machines dan rowing machines).
Selain 15 mod sukan, terdapat juga beberapa mod gym dan pemantauan degupan jantung ketika berenang pada WATCH GT 2. Malah, ia juga mampu mengira bilangan langkah yang diambil setiap hari dan memainkan lagu ketika bersenam.
Cuma connect WATCH GT 2 dengan HUAWEI Mate 30 atau mana-mana telefon pintar yang menyokong aplikasi HUAWEI Health, anda boleh nikmati keseronokan bersenam sama ada indoor atau di gym. Senang bukan?
Satu sentuhan untuk jawab panggilan, mainkan lagu
Bagi anda yang sentiasa on-the-go, WATCH GT 2 ni memang sesuai sebab ia disertakan speaker dan microphone yang kalis air untuk setiap aktiviti kecergasan anda. Tak kiralah anda tengah berlari, berjalan atau mendaki, jawab panggilan dengan satu sentuh dari jam pintar, mudahnya!
WATCH GT 2 turut disertakan storan besar yang mampu menyimpan sehingga 500 lagu. Kalau anda install HUAWEI Music App dalam smartphone, anda boleh susun lagu pada jam dan buat playlist kegemaran!
Jawab call dengan kaca mata? HUAWEI X Gentle Monster ni memang WOW!
Kaca mata boleh mainkan muzik? Siap boleh jawab call? Yup, anda tak salah baca. Kaca mata pintar HUAWEI X Gentle Monster ini bukan sahaja akan buatkan anda kelihatan stylo, tetapi juga ia mempunyai fungsi yang sangat menarik!
Kaca mata pintar ini adalah hasil kerjasama dengan Gentle Monster, iaitu Smart Jackbye-01 dan Smart Eastmoon-01. Apa yang menariknya, ia hadir dengan beberapa fungsi pintar seperti boleh menerima atau menamatkan panggilan.
https://youtu.be/CFylx_ES5K8
Selain itu, ia juga membolehkan pengguna memainkan atau menghentikan lagu kegemaran anda sewaktu melakukan apa jua aktiviti. Ia juga mengawal sokongan gestur, pengecasan nirwayar degan kerangka pengecasan khas yang disertakan. Smart Jackbye-01 dan Smart Eastmoon-01 adalah dua kaca mata hitam dengan rekaan yang berbeza.
Harga rasmi di Malaysia untuk Smart Jackbye-01 dan Smart Eastmoon-01 adalah RM1599.
Jom dapatkan produk Smartlife dari HUAWEI hari ni juga!
Anda dah ada HUAWEI Mate 30 Pro, HUAWEI X GENTLE MONSTER dan WATCH GT 2? Tahniah, anda dah memasuki ruang ekosistem terbaik dan paling dipercayai yang ditawarkan HUAWEI. Best kan?
Berikut adalah harga untuk setiap device yang kami senaraikan di atas.
- Siri HUAWEI Mate 30: Bermula dari RM2,799 (RRP)
- HUAWEI Matebook 13: Bermula dari RM3,599 (RRP)
- HUAWEI WATCH GT 2: Bermula dari RM799 (RRP)
- HUAWEI X GENTLE MONSTER: RM1,599 (RRP)
- HUAWEI Freebuds 3: RM679 (RRP)
- HUAWEI WiFi Q2 Pro: 499 (RRP)
Tunggu apa lagi? Gaya hidup pintar bermula dari anda bersama HUAWEI. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang HUAWEI Mate 30 Pro, HUAWEI X GENTLE MONSTER dan WATCH GT 2 yang admin kongsikan tadi, layari laman web dan Facebook HUAWEI.
Ketahui juga telefon pintar berbaloi untuk didapatkan daripada HUAWEI Y9 Series yang hadir dengan harga mampu milik. Turut dikongsikan, sebab utama Huawei Freebuds 3 merupakan model terbaik di pasaran.
https://www.thevocket.com/huawei-y9-series-rm799/
https://www.thevocket.com/ini-sebab-utama-freebuds-3-dari-huawei-terbaik-di-pasaran/