Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Kemas kini iOS 16 pada kali ini memberikan kebebasan mengubah suai rekaan menu dengan kreativiti masing-masing. Salah satu daripadanya adalah dengan menambah widget animasi pada iPhone yang digunakan.

Artikel Berkaitan:

Widget animasi ini memberikan kelainan dan tampil lebih menyeronokkan apabila dilihat sewaktu membuka iPhone. Mari kita pelajari dengan lebih terperinci berdasarkan tutorial yang dikongsikan oleh pengguna TikTok.

1. Anda perlu memuat turun aplikasi Top Widgets ini secara percuma menerusi App Store dan pasangkan pada iPhone yang digunakan.

cara menambah widget animasi
Sumber Gambar: TikTok

2. Kemudian anda buka aplikasi tersebut lalu pilih widget yang diminati menerusi sejumlah koleksi widget yang disediakan oleh pihak pembangun. Selepas itu, tekan Save untuk menambah widget pada ruangan simpanan terlebih dahulu. Majoriti widget tampil dengan rekaan yang comel dan minimalis.

Sekejap • Belajar cara trade NFT dalam Bahasa Melayu. Belajar Sekarang!

Sumber Gambar: TikTok

4. Kemudian, anda boleh pilih sama ada mahu mengubah suai rekaan antara muka yang digunakan atau pun mencipta semula yang baharu dan tambah dua menu widget besar pada ruangan widget asal yang tersedia di bawah jam. Lalu, klik pula Select Widget untuk memasukkan widget yang disimpan daripada aplikasi itu.

Sumber Gambar: TikTok

5. Sebaik selesai anda mengubah suai mengikut citarasa tersendiri. Widget anda sepatutnya akan terpapar dengan animasi menarik pada paparan utama.

cara membuat widget animasi
Sumber Gambar: TikTok

Untuk makluman, anda boleh menggunakan teknik yang sama untuk menambah widget yang bersaiz kecil di mana boleh memuatkan lebih banyak grafik menerusinya. Selain itu, terdapat juga grafik widget menarik lain seperti ramalan cuaca, kalendar dan sebagainya.

Bukan itu sahaja, aplikasi ini sedia menawarkan ciri quick launcher yang mana bakal memaparkan ikon aplikasi seperti di watchOS. Dengan ini, pengguna boleh mengakses sejumlah aplikasi kegemaran dengan mudah pada halaman utama dengan susunan grid yang lebih kemas dan mudah.

Selain iPhone, aplikasi ini juga boleh digunakan untuk mengubah suai antara muka iPad, iPod dan MacBook. Sekiranya anda seorang yang mementingkan gaya unik pada menu utama peranti, ini merupakan aplikasi terbaik yang tersedia di dalam pasaran setakat ini.