Antara tempat yang paling dikunjungi oleh orang ramai pada ketika ini sudah semestinya Taman Tema Genting Skyworld. Dengan kehadiran sejumlah besar pengunjung pada satu-satu masa sekaligus menyebabkan berlakunya barisan beratur yang panjang dan lama di sesuatu lokasi.

Bagi menyelesaikan masalah ini, Alibaba Cloud hadir dengan sistem beratur maya (Virtual Queue – VQ) dikuasakan kecerdasan buatan mereka dan sedia digunakan di Taman Tema Genting Skyworld. Sistem serba canggih ini dilihat mampu memudahkan urusan antara pengunjung dan pihak taman tema sendiri secara sistematik.

Dengan sistem ini, ia boleh membantu pihak Genting dalam menguruskan pengunjung malah mencadangkan kepada pengunjung untuk aktiviti yang boleh dilakukan secepat mungkin. Hasilnya, penggunjung tidak perlu menunggu dengan terlalu lama atau boleh memilih aktiviti lain pada waktu tertentu.

Pengguna akan menerima notifikasi apabila waktu beratur mereka telah hampir sekaligus tidak membuatkan mereka membazir masa menunggu tanpa berbuat apa-apa. Pengunjung boleh memilih untuk melakukan tempahan ruang waktu bagi mereka yang datang secara berkumpulan.

Taman Tema Genting Skyworld juga muncul sebagai taman tema pertama di Asia Tenggara yang menggunakan sistem kecerdasan buatan Alibaba Cloud. Jika anda merancang untuk pergi ke sana, bolehlah memuat turun aplikasi Genting Skyworld untuk Android dan iOS dalam merancang aktiviti seharian dengan hanya di hujung jari sahaja.

Pada Febuari lalu, syarikat i-City dilaporkan melabur sebanyak RM10 juta untuk menjadi taman tema pertam di Malaysia dengan teknologi metaverse.

i-City Sedia Labur RM10 Juta Untuk Jadi Taman Tema Pertama Malaysia Dengan Teknologi Metaverse

Sunway Pyramid Muncul Sebagai Pusat Beli-Belah Pertama Malaysia Yang Mempunyai Tandas Pintar