Pada hari ini orang ramai sudah pun mulai melancong serta atau membuat aktiviti lasak seperti berenang, mendaki dan seumpamanya. Jadi, action camera terbaik menjadi pilihan yang sesuai berbanding DSLR untuk merakam saat-saat penting sebagai kenangan kelak.

Sementara merakam menerusi telefon pintar pula mempunyai bateri yang terhad dan tidak tahan lasak. Jadi, mari kita lihat enam pilihan action camera terbaik yang boleh didapatkan dengan harga serendah RM196 sahaja di Shopee.

1. SJCAM C100 Mini Action Camera

action camera terbaik
Sumber Gambar: Shopee

Model C100 Mini ini mempunyai beberapa ciri menarik yang menjadikan ia berbaloi untuk didapatkan. Model ini mampu menyokong rakaman video beresolusi 1080P 30FPS tetapi hanya boleh menyimpan fail sebesar 128GB sahaja. Selain itu, kamera ini juga mempunyai rekaan yang kompak sekaligus boleh dimuatkan pada poket anda.

Dari segi tahan lasak, C100 Mini ini mempunyai ciri kalis air sedalam 30 meter. Terdapat beberapa jenis mod rakaman yang boleh digunakan berdasarkan situasi tertentu. Anda juga boleh gunakan pemegang yang diberikan untuk mendapatkan rakaman daripada pelbagai sudut perspektif berbeza.

Buat anda yang mahukan action camera keluaran SJCAM ini, kini sedia ditawarkan pada harga serendah RM196 sahaja.

Beli Sekarang SJCAM C100 Mini Action Camera

2. K8 Action Camera 4K

action camera terbaik
Sumber Gambar: Shopee

Model kamera keluaran KELEEAD ini sedia memenuhi keperluan rakaman saat-saat penting sewaktu melakukan sesuatu aktiviti atau sambutan. Paling utama sekali sudah semestinya rakaman beresolusi 4K 60FPS yang juga mempunyai sistem penstabilan gegaran untuk rakaman yang lebih jelas dan berkualiti.

Kamera ini juga boleh boleh dikawal dari jarak jauh menerusi alat kawalan dengan mudah. K8 ini turut boleh dibawa sedalam 40 meter bawah paras air untuk merakam atau mengambil gambar dengan lebih kreatif. Malah, terdapat set cip khas bersama sensor Sony IMX078 untuk menjanjikan hasil visual yang lebih baik.

Jika anda mahu mendapatkan K8 Action Camera 4K ini, kini ditawarkan pada harga RM407.40 di Shopee.

Beli Sekarang K8 Action Camera 4K

3. AKASO Brave 7 LE

Sumber Gambar: Shopee

Pilihan action camera terbaik yang boleh didapatkan di Shopee adalah AKASO Brave 7LE yang mana berkualiti dan berbaloi. AKASO ini juga boleh menyokong rakaman video beresolusi 4K dengan sudut ultra-lebar 170° yang jauh lebih baik daripada telefon pintar yang digunakan.

AKASO Brave 7 ini turut menyokong memori kad sehingga 512GB dan boleh menggurangkan gegaran sewaktu rakaman, Bukan itu sahaja, model ini hadir dengan ciri kalis sehingga 40 meter dalamnya serta boleh menggunakan WiFi untuk berkongsi gambar atau video yang sudah diambil dengan mudah.

AKASO Brave 7 LE ini boleh didapatkan pada harga RM555 menerusi Shopee hari ini.

Beli Sekarang AKASO Brave 7 LE

4. Insta360 One X2

Sumber Gambar: Shopee

Insta360 One X2 ini juga antara pilihan pengguna oleh kerana penawaran sejumlah fungsi menarik serta kualiti yang baik menerusinya. Model One X2 ini lebih maju kerana mampu merakam video beresolusi 5.7K 100FPS dengan sudut 360°. Kamera ini juga boleh menyokong kad memori sehingga 128GB.

Selain mempunyai rekaan saiz yang kompak,  model ini juga hadir dengan teknologi Flowstate stabilisation untuk rakaman yang lebih stabil. Ditambah pula dengan ciri kalis sedalam 10 meter membolehkan anda membawa kamera ini sewaktu aktiviti seperti berenang atau berkayak tanpa risau lagi.

Model One X2 kini ditawarkan dengan harga RM1,699 melalui Shopee hari ini.

Beli Sekarang Insta360 One X2

5. DJI Action 2 

Sumber Gambar: Shopee

DJI Action 2 bukan sahaja serba boleh, malah menjadi antara model action camera terbaik di pasaran hari ini. Reka bentuk magnet yang inovatif membolehkan anda menukar aksesori dengan mudah. Dengan resolusi 4K 120FPS, anda boleh merakam video dalam sebarang keadaan dengan lebih lancar dan jelas.

Kamera ini juga menyokong memori kad sehingga 256GB serta mempunyai aplikasi AI Editor yang mana mampu menyunting video atau gambar secara automatik seperti profesional. Saiznya yang kompak sekaligus membenarkan anda melekatkan kamera tersebut pada baju, helmet dan seumpamanya dalam mendapatkan sudut rakaman yang unik.

Jika anda berminat dengan DJI Action 2, kini boleh didapatkan pada harga RM1,999 di Shopee.

Beli Sekarang DJI Action 2 

6. GoPro HERO10

action camera terbaik
Sumber Gambar: Shopee

Jenama GoPro sememangnya sudah popular dikalangan pengguna tegar yang mahukan kamera terbaik dan berkualiti terutamanya untuk merakam vlogging atau pun aktiviti lasak. Dengan enjin baru GP2, anda boleh merakam video beresolusi 5.3K secara 60FPS yang sangat tajam serta prestasi low-light yang dipertingkatkan.

Ditambah pula dengan HyperSmooth 4.0 stabilisation yang mampu memastikan setiap video yang dirakam sentiasa stabil walau di dalam pelbagai keadaan. Kamera ini juga mempunyai ciri kalis sedalam 10 meter dan hadir dengan skrin hadapan untuk membantu melihat diri sendiri secara langsung sewaktu rakaman.

Kini anda boleh dapatkan GoPro HERO10 melalui Shopee pada harga RM2,399.

Beli Sekarang GoPro HERO10

Berdasarkan pemerhatian yang terperinci, GoPro HERO10 dilihat sangat berbaloi untuk didapatkan kerana sudah direka khas untuk memenuhi keperluan rakaman yang baik di dalam pelbagai keadaan. Malah, kualiti sudah pasti terjamin kerana GoPro sememangnya dipercayai sejak dahulu lagi.

Action camera sudah menjadi antara peranti wajib bagi beberapa individu khususnya mereka yang mahu menjalankan aktiviti vlog pada hari ini kerana setiap saat-saat penting sewaktu melakukan aktiviti bersama kenalan rapat atau keluarga tersayang boleh dirakam dengan lebih baik.

Malah, buat content creator di luar sana, mendapatkan action camera sememangnya antara barangan penting dalam menawarkan pengalaman serta kualiti video yang tinggi buat tontonan para penonton.

Sementara itu, anda juga perlu mengetahui enam pilihan dashcam terbaik yang boleh didapatkan menerusi Shopee.

Berbaloi Dan Tahan Lasak, Ini 6 Dashcam Berbaloi Didapatkan Dengan Kualiti Video Yang Baik

6 CCTV Yang Berkualiti Dan Berbaloi Untuk Pengawasan Keselamatan Sekitar Rumah Anda

Sumber