iPad selaku tablet produktiviti sudah pasti sering dibawa ke sejumlah tempat sekaligus perlu perlindungan terbaik. Kerangka iPad yang bagus dapat memastikan keseluruhan tablet dalam keadaan terlindung pada setiap masa.

Kerangka-kerangka ini boleh didapatkan daripada jenama terkemuka selain Apple dengan kualiti yang mantap. Kami himpunkan lima kerangka iPad yang anda wajib dapatkan untuk perlindungan terbaik sepanjang masa di dalam seharian.

1. ESR Rebound Magnetic Smart Leather Case

kerangka ipad
Sumber Gambar: Shopee

Dengan harga di bawah RM80, anda boleh mendapatkan sebuah kerangka tablet Apple yang serba bergaya dan multi fungsi. Dengan menggunakan bahan leather, kerangka ini sedap dipegang dalam masa yang sama tidak mudah calar. Malah, ia hadir dengan pelbagai saiz termasuklah model yang terkini.

Menariknya, terdapat penutup pada sisi kerangka dan juga menyokong padanan pen untuk pengecasan menerusinya. Selain itu, anda juga boleh menggunakan untuk mod penulisan atau pun mod menegak untuk memaparkan sesuatu konten dengan baik. Magnet yang kuat pada bahagian belakang kerangka juga membantu dalam melindungi iPad anda.

Kini anda boleh dapatkan kerangka bajet ini pada harga serendah RM74.90 sahaja menerusi Shopee.

Beli Sekarang ESR Rebound Magnetic Smart Leather Case

2. Uniq Camden Case

kerangka ipad
Sumber Gambar: Shopee

Salah satu kerangka yang menerima sejumlah respon positif daripada pengguna adalah Uniq Yorker Case. Kerangka Uniq ini hadir dengan rekaan yang kompak untuk memudahkan anda mengendali atau pun menyimpan di dalam beg. Dengan menggunakan bahan plastik yang kukuh, perlindungan iPad lebih terjamin.

Bukan itu sahaja, kerangka ini mempunyai struktur penyokong berbentuk Y yang boleh digunakan untuk memberikan kedudukan potret atau landskap pada iPad yang digunakan. Difahamkan pada permukaan kerangka mempunyai teknologi nanosilver yang boleh membunuh patogen yang melekat padanya.

Anda boleh mendapatkan Uniq Camden Case ini pada harga RM149.00 melalui Shopee.

Beli Sekarang Uniq Camden Case

3. Targus Pro-Tek Antimicrobial Case

kerangka ipad
Sumber Gambar: Shopee

Targus merupakan sebuah jenama terkenal yang menawarkan sejumlah aksesori barangan elektronik termasuklah untuk peranti iPad. Kerangka Targus menampilkan rekaan yang lebih rugged dan kukuh menerusinya. Kerangka ini dikatakan mampu menahan impak setinggi empat kaki dengan gred ketenteraan.

Terdapat sokongan integrasi Apple Pencil atau stylus untuk simpan atau pengecasan menerusinya. Ditambah lagi dengan stand yang menyokong iPad dalam posisi landskap untuk melihat konten dengan baik. Dengan bahaya wabak di peringkat global, kerangka ini juga mempunyai teknologi perlindungan daripada virus merbahaya.

Pada ketika ini, kerangka Targus ini sedia dijual pada harga RM154 menerusi Shopee.

Beli Sekarang Targus Pro-Tek Antimicrobial Case

4. Otterbox Symmetry Series 360 CaseĀ 

Sumber Gambar: Shopee

Selain menawarkan kerangka padu untuk iPhone, jenama Otterbox turut hadir dengan kerangka khas untuk iPad juga. Kerangka ini tampil elegan dalam masa yang sama mampu memberikan perlindungan secara menyeluruh. Malah, permukaan kerangka ini mempunyai ciri kalis calar yang baik.

Kerangka ini boleh melindungi kedua-dua belah iPad anda kerana mempunyai pelindung skrin juga. Selain mempunyai ciri menyerap impak yang mantap, terdapat ruang slot untuk mengecas Apple Pencil dengan mudah. Pelindung skrin pada bahagian hadapan juga boleh dilipat sebagai stand untuk menonton sesuatu konten dengan sudut terbaik.

Kini anda boleh mendapatkan kerangka Otterbox pada harga RM338.99 menerusi Shopee.

Beli Sekarang Otterbox Symmetry Series 360 CaseĀ 

5. Logitech Combo Touch Detachable Case

Sumber Gambar: Shopee

Akhir sekali, anda boleh pertimbangkan kerangka yang serba lengkap seperti laptop versi mini. Kerangka Logitech ini bukan sahaja berfungsi sebagai pelindung malahan mempunyai papan kekunci dan juga pad tetikus bersamanya. Jadi, anda boleh melakukan sebarang tugasan dengan lebih efisien dan pantas.

Tambahan pula, anda juga boleh menanggalkan pad kekunci sekiranya sudah selesai sekaligus menjadikan ia lebih kompak untuk dipegang. Rekaan yang ergonomik termasuklah dengan beberapa butang shortcut yang dapat memudahkan lagi anda melakukan sesuatu perkara menerusinya.

Anda boleh mendapatkan kerangka multifungsi ini pada harga RM799 di Shopee hari ini.

Beli Sekarang Logitech Combo Touch Detachable Case

Berdasarkan pemerhatian setiap model yang disenaraikan, kerangka keluaran Targus memberikan pulangan yang baik kerana menawarkan sejumlah ciri menarik dalam masa yang sama masih memberikan perlindungan bergred ketenteraan. Produk Targus juga sudah cukup terkenal dengan kualiti terbaik yang diberikan.

Diharapkan dengan penyenaraian ini memudahkan anda mencari kerangka yang bersesuaian dengan iPad mengikut bajet tertentu. Kerangka iPad merupakan aksesori penting buat anda yang sentiasa bertugas on-the-go dengan menggunakan tablet ini pada setiap masa.

Sumber