Follow VOCKET di Telegram untuk isu isu viral terkini

Budaya perkongsian akaun Netflix sudah menjadi tabiat khususnya dikalangan anak muda. Perkongsian yang membolehkan para pengguna menonton dengan harga jimat ini nampaknya telah dimanipulasi sekaligus membuatkan syarikat-syarikat besar seperti Netflix, Amazon dan Hulu menanggung jumlah kerugian yang tinggi.

Sehubungan dengan itu, Synamedia telah diperkenalkan bagi menghalang para pengguna memanipulasi perkongsian akaun bersama rakan yang didaftarkan melalui ‘family plan’.

pexels-photo-265685

Sumber: Pexels

[Sekejap] Belajar cara trade NFT dalam Bahasa Melayu. Belajar Sekarang!

Melalui teknologi yang diperkenalkan ini, Synamedia berpeluang mengesan pengguna yang didapati melayari servis penstriman seperti Netflix daripada individu yang berbeza melalui pengesanan lokasi.

Penggunaan teknologi Synamedia yang bakal diimplementasi oleh syarikat seperti Netflix ini juga secara tidak langsung bakal menamatkan para penawar akaun Netflix dengan harga rendah seperti yang kerap dipromosikan di laman media sosial.