Syed Saddiq sebelum ini sudah pun menawarkan beberapa NFT bagi tujuan kebajikan penduduk di Johor. Koleksi NFT yang ditawarkan mempunyai jumlah yang terhad dan boleh didagangkan oleh para pemiliknya.

Terbaharu, beliau telah mengumumkan tentang koleksi NFT4Muar baharu dalam usaha mengumpul dana dengan kolaborasi bersama artis tempatan, Jaee Tae di Twitter beliau.

Terdapat beberapa karya digital yang bakal ditawarkan kepada pengguna menerusi kolaborasi ini. Setakat ini, terdapat dua unit NFT yang telah disenaraikan di platform OpenSea.

Sumber Gambar: Opensea

Buat anda yang berminat, koleksi NFT4Muar ini bakal ditawarkan pada 26 April ini di halaman OpenSea NFT4MUAR utama dan halaman khas NFT4MUAR V2. Perkembangan NFT yang semakin baik telah menjadikan ia sebagai salah satu pilihan medium baharu dalam mendapatkan sumbangan, dana dan seumpamanya.

Pada tahun lalu, komuniti NFT tempatan berjaya mengumpul lebih RM45,000 dalam tempoh singkat untuk membantu mangsa banjir.

Mahu Bantu Mangsa Banjir, Komuniti NFT Tempatan Berjaya Kumpul Lebih RM45,000 Dalam Tempoh Singkat

Ukraine Bakal Lancarkan NFT Dalam Usaha Meningkatkan Dana Negara

Sumber