Syarikat induk Google iaitu Alphabet kini mencipta rekod baharu untuk pendapatan tahunan pada tahun 2021 lalu yang mana buat julung kalinya berjaya menjana pendapatan tahunan sebanyak $258 bilion (~RM1.08 trilion) mengikut kadar pertukaran pada hari ini.

Secara keseluruhannya, Alphabet dilihat berjaya merekodkan peningkatan sebanyak 41% berbanding tahun 2020 yang lepas. Selain itu, syarikat ini sepertinya tidak terkesan dengan masalah penularan wabak COVID-19 yang berlarutan serta masalah bekalan rantaian global yang mana sebahagian syarikat terpaksa mengundurkan diri ekoran masalah itu.

Hal ini disebabkan pendapatan yang berjaya dikumpulkan datang daripada beberapa sumber termasuklah pengiklanan, penawaran servis awanan Google Cloud dan juga penjualan peranti Pixel yang terus meningkat.

Pendapatan yang berjaya dijana melalui YouTube juga semakin meningkat pada saban tahun yang mana membawa kepada pulangan yang lumayan buat syarikat tersebut. Difahamkan syarikat ini berjaya mengutip keuntungan sebanyak $8.63 bilion (~RM36.1 bilion) daripada iklan YouTube sahaja pada suku ke-4 tahun 2021 yang lalu.

Alphabet dijangka akan terus mengukuhkan kedudukan di dalam industri teknologi sementara meningkatkan pendapatan mereka pada tahun-tahun seterusnya. Ditambah pula semakin banyak negara mulai mengadaptasi digitalisasi terhadap ekonomi masing-masing sekaligus meningkatkan permintaan terhadap servis dan produk yang ditawarkan Alphabet.

Pada awal tahun ini juga, Apple sedia muncul syarikat pertama di dunia yang berjaya mencapai nilai pasarn mencecah RM12.5 trilion.

Apple Muncul Syarikat Pertama Dunia Berjaya Mencapai Nilai Pasaran Mencecah RM12.5 Trilion

Mahu Elak Sertai Meta, Apple Sedia Tawarkan Bonus Sehingga RM751,230 Buat Para Pekerja

Sumber