Syarikat Huawei Technologies Co Ltd telah didakwa dalam 13 pendakwaan dimana syarikat tersebut didakwa telah memperdaya sebuah bank global dan pihak berkuasa Amerika Syarikat berkaitan hubungannya dengan anak syarikat, Skycom Tech dan Huawei Device USA Inc.

Pihak Amerika Syarikat telah mendakwa ketua pegawai kewangan Huawei di atas kesalahan melakukan penipuan untuk melanggar sekatan terhadap Iran yang membolehkan pihak mereka menjalankan perniagaan di Iran.

im-50375
Peguam Negara Amerika Syarikat, Matthew Whitaker turut memberi amaran kepada Huawei. Sumber: WSJ

Syarikat Huawei juga didakwa telah mencuri rahsia perdagangan, penipuan menggunakan teknologi maklumat dan telekomunikasi (ICT). Pada masa yang masa, syarikat tersebut juga dituduh mencuri teknologi robotik yang dikenali sebagai “Tappy” daripada syarikat penerbangan T-Mobile US Inc untuk menguji ketahanan telefon pintar.

Namun, pihak Huawei telah menjelaskan bahawa kedua-dua syarikat tersebut telahpun menyelesaikan pertikaian mereka pada tahun 2017 yang lalu. Untuk pengetahuan sebelum ini, syarikat Huawei sebelum ini pernah dituduh mencuri maklumat melalui rangkaian 5G yang ditawarkan buat negara Australia dan New Zealand.

Sumber