Mula popular dengan aplikasi TikTok yang menjadi ikutan para kanak-kanak dan remaja seluruh dunia, syarikat ByteDance nampaknya bakal mula menawarkan lebih banyak jaringan bisnes lain. Terbaru, ByteDance dilaporkan bakal memperkenalkan telefon pintar ciptaan mereka sendiri.
Berdasarkan laporan, projek ini untuk menjayakan telefon pintar keluaran ByteDance ini sudahpun berlangsung selama tujuh bulan. Jenama yang akan bertanggungjawab menghasilkan telefon pintar ini adalah Smartisan, sebuah syarikat telefon pintar di China.
Untuk pengetahuan, kerjasama antara dua jenama ini sudahpun berlangsung sejak sebelum ini lagi. Sejak awal tahun 2019, ByteDance berjaya memiliki beberapa paten daripada Smartisan serta beberapa pekerjasa Smartisan turut ditawarkan bekerja di ByteDance. Malah, ByteDance juga dilaporkan turut memfokuskan kepada teknologi melibatkan AI ketika ini.
Melihat kepada peningkatan jumlah pengguna serta aset yang dimiliki ByteDance, syarikat ini dilihat mempunyai pelan yang lebih besar untuk meningatkan jumlah pengguna seluruh dunia dalam usaha menyaingi dua lagi syarikat mega dari China iaitu Baidu Inc dan Tencent Holdings Ltd.