Sebut mengenai kenderaan elektrik, pastinya kereta, skuter, basikal dan motosikal antara yang sering dihasilkan. Motosikal elektrik menawarkan lebih praktikaliti bagi kegunaan pengangkutan seharian kerana boleh sampai jarak yang lebih jauh dan ciri keselamatan yang lebih terjamin di jalan yang sibuk.

Pelbagai jenama yang menawarkan motosikal menggunakan elektrik di dalam pasaran dan antaranya adalah Super Soco. Jenama ini menawarkan motosikal elektrik berteknologi tinggi yang mampu menempuhi sebarang keadaan jalan pada jarak yang jauh dan mempunyai rekaan seakan Ducati Scrambler.

Latar belakang Super Soco

Super Soco merupakan sebuah syarikat start-up yang bertapak di Shanghai, China. Syarikat ini menjadi antara pelopor pembangun motosikal dan skuter elektrik yang berteknologi tinggi dengan penawaran harga berpatutan bagi tujuan pengangkutan dan bersantai bersama kawan-kawan.

motosikal elektrik
Sumber Gambar: Autoevolution
Sumber Gambar: Autoevolution

Pada tahun 2017, mereka mula menawarkan dua buah model motosikal elektrik mereka iaitu Super Soco TC dan Super Soco TS bagi pasaran Eropah. Rekaannya yang unik serta serba canggih telah menarik perhatian orang ramai dan berjaya menerima anugerah IF Design Award kerana menampilkan sebuah produk yang inovatif dengan ciri keselamatan bagi penggunaan orang awam.

Syarikat ini telah berjaya menempa nama di peringkat antarabangsa dan mampu mengembangkan bisnes sehingga 125 negara di serata dunia. Hasil hubungan bisnes bersama jenama terkemuka seperti Samsung, Huawei, Xiaomi dan sebagainya dapat mengukuhkan lagi kedudukan di pasaran dan menawarkan solusi yang komprehensif.

Ciri Super Soco TC Max

https://youtu.be/Vs7MC5mLB6E

Model ini menggunakan bateri lithium ion 3.24 kWh yang boleh dicabut bagi kemudahan pengecasan dengan lebih fleksibel menggunakan soket dinding biasa. Selain itu, ia mampu menghasilkan daya kilas 180 Nm dan 5kW tenaga dengan kemampuan hala kelajuan maksimum sehingga 95 kmsj.

Terdapat tiga mod tunggangan yang boleh dilaras di mana mempunyai tahap kelajuan yang berbeza dengan anggaran jarak perjalanan mencecah 110 km. Bahan binaan motosikal elektrik ini menggabungkan besi karbon dan aluminium supaya menjadikan ia lebih tahan lasak dan ringan. Penggunaan sistem brek CBS sekaligus meningkatkan lagi prestasi tunggangan pada semua jenis keadaan jalan.

Sumber Gambar: Bennetts
motosikal elektrik
Sumber Gambar: Super Soco

Motosikal ini juga hadir dengan skrin LCD digital serta meter analog yang memaparkan had laju, jarak dan tahap bateri. Anda juga boleh menghidupkan motosikal elektrik ini dengan hanya menekan butang kuasa yang disediakan.

Menariknya, terdapat integrasi aplikasi menerusi telefon pintar yang boleh disambungkan kepada model ini untuk mengakses maklumat terperinci berkenaan motosikal dan menjejaki lokasi motosikal dengan mudah. Storan pengecas bateri yang tersedia turut boleh dimuatkan barangan kecil seperti grip lock.

motosikal elektrik
Sumber Gambar: Super Soco

Dari segi harga pula, ia menawarkan dua tanda harga berbeza mengikut variasi yang boleh dipilih sama ada jenis aloi pada harga £4,249 (~RM24,640) atau jenis spoked pada harga £4,349 (RM25,220). Super Soco TC Max mempunyai ciri praktikaliti yang sesuai dijadikan pengangkutan harian anda di dalam bandar.

Dikhabarkan syarikat ini juga bakal menawarkan Super Soco TC Max sebagai unit CKD secara rasmi di Malaysia dengan menggunakan beberapa komponen termasuk bateri daripada anak tempatan sendiri. Ini merupakan suatu peluang yang terbaik bagi Malaysia untuk bertapak di dalam industri EV.

vocket-tech-motosikal-8
Sumber Gambar: Super Soco

Perkembangan pengangkutan elektrik dilihat sangat giat di seluruh dunia terutamanya selepas sebahagian negara sudah mula memberikan pengecualian cukai kepada kenderaan menggunakan elektrik. Usaha ini dilakukan atas dasar ke arah lebih mesra alam serta menggurangkan pencemaran udara sekaligus.

Selain daripada itu, anda juga boleh mengetahui tentang Super73 iaitu sebuah basikal elektrik dengan rekaan seperti ‘motorcross’ yang kompak dan tahan lasak.

Super73, Basikal Elektrik Persis Rekaan ‘Motorcross’ Yang Kompak Dan Tahan Lasak

Unik Dan Futuristik, Lelaki Ini Buktikan Basikal EUC Mampu Ditunggang Menaiki Bukit Fraser

Sumber