Dunia teknologi heboh dengan terma baru; web 3.0, yang bermaksud infrastruktur internet menggunakan kriptowang dan blockchain. Non-fungible token (NFT) adalah antara idea yang paling mencetuskan kontroversi. Untuk pengetahuan, Non-fungible token (NFT) merupakan sebuah bentuk kad ahli atau token berteraskan teknologi blockchain.

Walaupun mempunyai kelebihan tersendiri, NFT masih lagi sebuah aset digital dan hanya wujud di alam maya. Hal ini sekaligus menjadi penghalang kepada mereka yang menjalankan bisnes secara fizikal seperti penawar servis, restoran, butik atau acara menceburi bidang NFT.

Oleh yang demikian, sebuah start-up blockchain di Malaysia baru-baru ini hadir dengan sebuah visi untuk menyelesaikan masalah antara aset digital dan dunia nyata iaitu SummerWatch Projects. Pada tahun 2022, mereka telah berjaya membangunkan teknologi blockchain terbaru iaitu SummerScan.

SummerScan

SummerScan merupakan sebuah teknologi yang menawarkan solusi kepada peniaga atau penganjur acara untuk mengesahkan aset digital sama ada NFT, token atau matawang kriptowang yang dimiliki pelanggan.

Antara pengguna SummerScan terdiri daripada M1nted (tiket acara), RoachPunk (kad diskaun di kedai kopi The Merchant), BirdBird (kad diskaun di kedai fizikal), Rich Cats Nation (kad diskaun di Omot Pet Shop), Kopi Saigon (kad keahlian dan diskaun di lokasi tertentu) serta beberapa lagi lokasi lain.

SummerScan juga akan mengadakan perbincangan khas mengenai teknologi pengesahan aset digital untuk bisnes di acara NFT pertama di Malaysia; M1nted dianjurkan oleh Livescape Asia.

M1nted x SummerScan

Pada 22-28 Ogos, M1nted dengan kerjasama Livescape Asia akan mengacarakan persidangan NFT pertama di Malaysia. Kehadiran dijangka akan mencecah sehingga lebih 3,000 pelawat dan lebih 100 jurucakap merangkumi pelbagai bidang daripada pelaburan, seni lukis hinggalah ke teknologi.

Buat julung kalinya di Malaysia, peserta dapat bertemu dengan pengasas projek NFT dan mengetahui dengan lebih lanjut tentang teknologi blockchain. Antara acara menarik di M1nted adalah treasure hunt NFT interaktif pertama Malaysia bagi memperkenalkan konsep pengesahan aset digital menggunakan SummerScan.

Sebagai contoh NFT Rich Cats Nation dapat digunakan sebagai kad diskaun di Omot Pet Shop. Pengesahan aset digital dilakukan dengan mengimbas kod QR menggunakan telefon bimbit dan merupakan kegunaan praktikal pertama untuk SummerScan.

Pada kali ini, aplikasi pengesahan NFT bakal dikembangkan ke arah acara interaktif di mana peserta perlu mengumpul NFT percuma untuk menebus hadiah di booth khas SummerScan. Hadiah untuk ditebus termasuklah tiga NFT daripada Rich Cats Nation bernilai sekitar RM400 serta t-shirt dan sweater terhad.

Acara tressure hunt ini bakal dilangsungkan di booth khas SummerScan bertempat di Tiffin At The Yard, Jalan Ipoh, Sentul, Kuala Lumpur bermula 27 Ogos jam 9 pagi sehingga 28 Ogos jam 6 petang.

Kod QR ini akan diletakkan secara rawak di sekitar lokasi M1nted dan peserta hanya perlu mempunyai aplikasi wallet blockchain seperti MetaMask, Rainbow wallet dan sebagainya untuk dapatkan NFT percuma di M1nted.

Melalui acara treasure hunt ini, pengguna dapat eksperimen secara langsung dengan apa yang boleh dilakukan dengan NFT di dunia nyata. Para peserta yang berminat untuk menyertai acara ini boleh mendapatkatiket akses M1nted dalam bentuk NFT dengan klik di sini.

Untuk pengetahuan, aplikasi praktikal dalam pengesahan NFT bergantung kepada kreativiti projek dan tidak tertakluk kepada acara, konsert, butik pakaian, restoran dan acara eksklusif untuk ahli sahaja.

Di masa hadapan, kita mungkin akan dapat lihat aplikasi blockchain dan NFT yang lebih mesra pengguna dalam industri seperti perhotelan, peruncitan atau penganjuran acara.

Tular baru-baru ini apabila wanita ini mendakwa wang sebanyak RM11,688 dalam bank beliau hilang dalam tempoh 2 saat sahaja.

Wanita Ini Dakwa Hilang Wang Dalam Akaun Bank Berjumlah RM11,668 Dalam Masa 2 Saat Sahaja

RM13,000 Lenyap Secara Tiba-Tiba Daripada Akaun, Doktor Ini Ucap Selamat Tinggal Kepada CIMB

Sumber