Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Baru-baru ini, Apple telah muncul sebagai syarikat pertama di dunia mencapai nilai pasaran sehingga $3 trilion bersamaan RM12.5 trilion sekaligus memberikan keuntungan besar kepada para pelaburnya. Perkara ini hanya berjaya dicapai dengan strategi produk Apple yang efektif dibuat oleh individu di belakangnya.

Menerusi ciapan yang dibuat oleh @TrungTPhan, beliau telah merungkai bagaimana strategi produk Apple yang dibuat oleh Tim Cook dalam mendorong hasil jualan yang memberangsangkan pada setiap tahun. Malah, Apple juga dijangka bakal berjaya di dalam arena realiti maya pada masa kelak.

strategi produk apple

Sumber Gambar: Twitter

Kejayaan strategi produk Tim Cook yang berjaya ditonjolkan adalah aliran wang tunai yang terkumpul daripada jualan produknya. Sejak tiga tahun yang lalu, Apple mempunyai aliran tunai yang positif mencecah $225 bilion (~RM940.8 bilion). Setiap barisan produk Apple telah menjadi produk paling mengguntungkan di dunia.

Ini termasuklah telefon pintar, tablet, komputer riba, komputer, jam pintar dan fon kepala wireless. Perkara ini terbukti kerana antara penyumbang besar kepada peningkatan nilai pasaran baru-baru ini adalah hasil jualan iPhone yang meningkat sebanyak 47% pada tahun ini.

strategi produk Apple

Sumber Gambar: Apple

Penganalisis Apple, Neil Cybart juga menerangkan sebab barisan produk Apple tidak dapat ditandingi oleh mana-mana syarikat lain. Setiap barangan yang ditawarkan saling melengkapi sebagai sebuah ekosistem. Maka, pelanggan lebih terdorong mendapatkan barangan Apple untuk menikmati ekosistem tersebut.

Sebagai contoh, Apple sedia menawarkan iMac untuk melakukan tugasan yang lebih berat sementara MacBook pula boleh memenuhi keperluan seharian anda walau di mana jua. Ditambah pula kemudahan ekosistem Apple yang membolehkan pengguna mengakses fail mereka dengan mudah menerusi iCloud sahaja.

strategi produk apple

Sumber Gambar: Twitter

Selain itu, strategi produk yang dibuat syarikat ini juga sering berubah bagi mengikuti peredaran masa. Tahun 2018 dan sebelumnya, Apple menggunakan strategi “pull” yang mana penawaran setiap produk berkait antara satu sama lain tetapi lebih menfokuskan pada produk peribadi seperti iPhone dan Apple Watch.

Terbaharu, Apple sudah mengubah strategi produknya yang dikenali sebagai “push strategy” di mana setiap barisan produk akan diberikan fokus secara khusus dengan menambah baik dari semasa ke semasa. Sebagai contoh, Apple Watch dan iPad sudah mempunyai sistem operasi sendiri yang lebih optimize khusus buat pengguna.

Sumber Gambar: Twitter

Sementara barisan MacBook pula, kini sudah dilengkapi dengan cip buatan mereka sendiri iaitu M1 tanpa perlu bergantung pada syarikat lain seperti terdahulu lagi. Antara sebab strategi ini penting buat Apple adalah untuk memastikan setiap produk mampu memenuhi keperluan pengguna di dalam kehidupan seharian.

Dengan mengambil inisiatif ini, Apple mampu menjadikan produknya boleh relevan buat jangka masa panjang serta lebih dekat dengan pengguna. Kita sendiri boleh lihat bagaimana sebahagian peranti Apple masih diberi kemas kini kepada pengguna untuk memastikan ia boleh beroperasi dengan lancar sehingga ke hari ini.

Sumber Gambar: Twitter

Selain daripada itu, strategi inovasi yang diamalkan oleh Apple bukanlah menjadi pengeluar pertama di dalam membuat perubahan pada sesuatu produk. Menurut Tim Cook, produk Apple dihasilkan bertujuan untuk memudahkan urusan seharian pengguna serta memastikan semua kerja boleh berjalan dengan lancar.

Jadi, Apple lebih menfokuskan kepada kualiti pada sesebuah produk yang dihasilkan untuk memastikan pengguna boleh menikmati produknya dengan baik di kemudian hari. Oleh itu, syarikat ini dilihat mampu menawarkan produk yang lebih baik daripada pesaing kerana mereka sudah membuat penambah baikan daripada kelemahan inovasi pesaing.

Sementara syarikat gergasi teknologi lain pula, hanya berlumba-lumba ingin menjadi syarikat pertama mempekenalkan sesebuah inovasi tetapi di dalam keadaan rekaan teknologi yang tidak stabil. Hal ini sekaligus memberi impak negatif kepada syarikat terbabit kerana menerima kritikan daripada pengguna yang tidak berpuas hati dengan pengalaman penggunaannya.

Terbaharu, dilaporkan bukan sahaja produk fizikal Apple sahaja yang menerima permintaan tinggi, malah kini servis langganan mereka juga menunjukkan pertumbuhan yang besar sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Ekosistem Apple juga sedang diperluaskan kepada kategori Wearable yang mana berkait rapat dengan set kepala ARnya.

Jadi, tidak hairanlah sekiranya Apple juga mampu meraih billion ringgi pada setiap tahun menerusi strategi yang dipraktikkan. Dan tidak lama lagi set kepala realiti maya juga bakal diperkenalkan sekaligus bakal mendorong hasil kutipan jualan yang tinggi serta menambah pengalaman ekosistem yang lebih komprehensif.

Antara ciri menarik yang dijangka bakal ditawarkan oleh Apple adalah pengecasan aksesori menerusi skrin iPhone anda sahaja selepas ini.

Apple Dalam Perancangan Untuk Hasilkan Teknologi Pengecasan Menerusi Skrin iPhone Sahaja

Apple Dijangka Memperkenalkan Kereta Elektrik Dengan Sistem Swapandu Seawal Tahun 2025

Anda Mungkin Suka

© 2022 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group