Baru-baru ini kita dikejutkan tentang beberapa perkhidmatan dalam talian terkemuka telah dihalang menerima akses di Indonesia ekoran gagal mendatfar untuk mendapatkan permit PSE. Antara platform yang terjejas termasuklah Steam, Origin, Paypal, Yahoo dan Epic Games.

Menerusi Kementerian Komunikasi dan Informatika Indonesia (Kominfo) kini telah memuat naik informasi terbaharu bahawa Steam dan Yahoo sudah boleh diakses semula selepas kedua-dua syarikat bersetuju untuk memohon permit operasi.

Sementara Origin dan Epic Games pula masih disekat akses setakat artikel ini ditulis. Platform Paypal turut diberikan akses selama lima hari bagi membolehkan pengguna mengeluarkan wang.

Di samping itu, kedua-dua pihak iaitu Origin dan Epic Games turut tidak memberikan sebarang komen sama ada mereka mahu mendapatkan permit PSE atau sebaliknya. Apa yang pasti, pengguan di Indonesia kini boleh menarik nafas lega kerana sudah mengakses platform kegemaran mereka bermula hari ini.

Tular baru-baru ini tentang Elon Musk mendedahkan platform Steam akan tersedia pada kereta Tesla tidak lama lagi.

Elon Musk Dedahkan Steam Akan Tersedia Pada Kereta Tesla Tidak Lama Lagi

Lebih 100,000 Permainan Disekat, Pengguna China Dihalang Daripada Mengakses Steam Global