Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kriptowang dan NFT sering menjadi bualan ramai di internet. Selain dijadikan pelaburan, sebahagian syarikat terkemuka beranggapan dengan penawaran NFT dapat memberikan pengalaman unik menerusi konten eksklusif kepada peminatnya.

Terbaharu, Starbucks telah menyasarkan untuk menyertai bisnes NFT pada tahun ini dan meneroka potensinya dengan lebih meluas. Perkara ini telah diumumkan oleh pemilik Starbucks sendiri iaitu Howard Schultz menerusi forum terbuka baru-baru ini dan merancang untuk berbuat sedemikian menjelang akhir tahun ini.

Sumber Gambar: The IndianExpress

Schultz mendakwa bahawa mereka berada di dalam kedudukan yang baik untuk memasuki dimoa NFT kali ini oleh kerana ia mempunyai nilai sentimental tersendiri yang membuatkan koleksi barangan atau NFT mereka akan lebih berharga.

Setakat ini, Starbucks telah mengesahkan bahawa rancangan NFT ini sedang dalam proses pembangunan. Difahamkan maklumat lebih terperinci berkaitan bisnes NFT akan dikongsikan dalam beberapa minggu jelak. Oleh itu, sama-sama kita nantikan penawaran NFT Starbucks yang pasti bakal memberi pelbagai kelebihan bagi peminatnya.

Selain Starbucks, McDonald’s juga dalam perancangan untuk membuka restoran maya dalam dunia maya bersama sejumlah karya digital menerusinya.

Sedia Ikuti Trend Semasa, McDonald’s Rancang Untuk Buka Restoran Maya Dalam Metaverse

MyeongDong Topokki Lancarkan Restoran Berkonsepkan NFT Di Sky Avenue, Genting