SpaceX Bakal Mulakan Penerbangan Komersial ‘Starship’ Pada Tahun 2021

Misi penerbangan komersial SpaceX pertama iaitu ‘Starship’ dan ‘Super Heavy’ dijadualkan bakal berlepas pada 2021 ini. Kenyataan ini disahkan sendiri oleh Timbalan Pengarah Penjualan Komersial SpaceX, Jonathan Hofeller mengesahkan dalam satu temubual di Jakarta.

Tambah beliau, SpaceX kini dalam proses perbincangan dengan 3 syarikat telekomunikasi terbesar mengenai misi ini. Menurut beliau, misi pertama ini adalah untuk menyediakan kemudahan dan tapak untuk misi membawa penumpang pada 2021.

Seperti yang kita tahu, usahawan dari Jepun Yusaku Maezawa merupakan penumpang pertama yang sudah mengesahkan kedudukannya. Melalui Yusaku Maezawa, beberapa orang bertuah yang terpilih juga akan menjadi kumpulan pertama penumpang yang akan ke angkasa.

Untuk memastikan keselamatan penumpang berada pada tahap yang paling optimum, SpaceX kini giat menjalankan beberapa test flights sebelum menerbangkan kumpulan penumpang pertama nanti.

Sumber
Exit mobile version