Konsol permainan PS5 masih menjadi rebutan ramai dan pihak Sony sedang bertungkus-lumus mahu memenuhi permintaan semasa. Pihak Sony mengalami kesukaran dalam produksi konsol tersebut ekoran terjejas akibat krisis semasa di peringkat global.

Bagaimanapun, Sony kini dilaporkan sudah mula menawarkan model baharu untuk konsol PlayStation 5 dengan dipasarkan di Australia terlebih dahulu. Konsol dengan nombor model CF1-1202B untuk versi digital dan CFI-1202A untuk versi pemacu BD turut hadir dengan rekaan kotak yang berbeza.

Sumber Gambar: Pressstart

Perubahan yang dilakukan adalah konsol edisi digital hadir dengan 200 gram lebih ringan berbanding model 2021 dan edisi pemacu BD pula kini 300 gram lebih ringan berbanding model tahun sebelumnya.

Dijangkakan komponen dalaman juga mungkin sedikit berbeza pada model baharu yang ditawarkan ini. Walaupun konsol ini semakin ringan, pihak Sony baru sahaja mengumumkan kenaikan harga konsol tersebut sebanyak RM200 di beberapa negara di rantau Asia Tenggara.

Ikuti kisah menarik minggu ini tentang iPhone generasi pertama dalam keadaan seal berjaya dilelong pada harga lebih RM158,000.

iPhone Generasi Pertama Dalam Keadaan ‘Seal’ Berjaya Dilelong Pada Harga Lebih RM158,000

iPhone Menggunakan Port USB-C Pertama Dunia Berjaya Dijual Dengan Harga RM358,000