Sudah lama kita tidak mendengar khabar berita mengenai telefon pintar Sony yang akhir akhir ini nampaknya kurang mendapat sambutan daripada para pengguna berbanding jenama telefon pintar yang lain.

Pada hari ini, jenama ini nampaknya baru sahaja melancarkan telefon pintar terbaru mereka iaitu Sony Xperia 1. Menariknya mengenai model ini sudah pastinya pada bahagian skrin dimana model ini hadir dengan paparan 4K OLED dengan saiz 6.5-inci. Buat anda yang kerap menonton video atau mahukan paparan yang terbaik pada telefon pintar mungkin ini model yang anda nantikan.

Dari segi spesifikasi, Sony Xperia 1 dilengkapkan dengan processor Snapdragon 855, 6GB RAM dan ruang storan sebesar 128GB. Model ini turut menyokong sokongan kalis air IP68 yang membolehkan anda menangkap gambar atau merakam video di dalam air.

147198-news-sony-image1-13kxrhb2ea

SonyXperia1-920×613

Selain itu, seiring dengan perkembangan trend pada masa kini, model ini turut disertakan dengan tiga kamera 12-megapixel pada bahagian belakang meliputi lensa sudut lebar, ultra-lebar dan telefoto. Sokongan ‘Cinema Pro’ turut membolehkan pengguna mendapatkan rakaman yang lebih sinematik disetiap video yang diambil.

Sony Xperia 1 bakal mula memasuki pasaran Malaysia dalam beberapa bulan sahaja lagi walaubagaimanapun harga rasmi bagi model ini masih lagi belum diketahui. Mampukah model ini bakal menarik perhatian orang ramai untuk beralih kepada telefon pintar Sony?