Menyebut mengenai Sony, pasti ramai yang cukup tahu dengan jenama yang sudah berdekad menawarkan televisyen berkualiti tinggi ini. Pada kali ini, Sony sekali lagi tampil sebagai jenama pertama di dunia menawarkan TV dengan resolusi 16K.
Lebih menakjubkan, TV yang dilancarkan dengan kelebaran 63 kaki dan 17 kaki tinggi ini menggunakan teknologi paparan ‘Crystal LED’ yang menawarkan dinamik warna yang lebih menarik buat para penonton. Sebagai pebandingan, model dengan resolusi 16K ini mengandungi 64kali ganda jumlah pixel yang sama seperti yang terdapat pada TV dengan resolusi 4K.
Melihat kepada saiznya yang besar model ini dikhaskan buat mereka yang mengimpikan TV yang sesuai untuk set panggung wayang sama ada di rumah, dewan mahupun di tempat komersial.
Berdasarkan teknologi yang diperkenalkan sudah pastinya harga yang ditawarkan juga agak premium. Setakat ini, Sony masih belum mengeluarkan harga rasmi buat TV yang penuh futuristik ini. Walaubagaimanapun, harga sekitar enam angka antara yang dijangkakan.