Sony Berdepan Masalah Untuk Jual PS5 Pada Harga Yang Mampu Milik

Mula diumumkan Sony kehadiran konsol generasi terbaru iaitu PlayStation 5 pada penghujung tahun lalu telah membuatkan para peminat teruja sekaligus berhasrat untuk menjadi yang terawal untuk memilikinya.

Terbaharu, dilaporkan Sony PlayStation 5 mungkin dijual dengan harga yang agak tinggi. Hal ini berikutan kos produksi untuk konsol tersebut dilaporkan mencecah $450 (RM1,864).

Berdasarkan sebuah tweet daripada @ZhugeEX, Sony PS5 mungkin tidak lagi dapat dijual dengan harga yang rendah seperti Sony PS4. Masalah yang sama dilaporkan turut terjadi pada Xbox Series X dimana konsol ini hadir dengan kos produki yang lebih tinggi iaitu sekitar $460 (RM1,905).

Sumber: playstation lifestyle

Berdasarkan kos produksi yang tinggi, pasti agak sukar buat Sony untuk menawarkan harga yang rendah melihatkan jumlah peminat yang sudah tidak sabar untuk mendapatkannya. Nampaknya para pengguna perlu berbelanja lebih memandangkan tiada lagi konsol mampu milik daripada Sony kali ini.

Ketahui 5 pembaharuan konsol Sony PlayStation yang bakal dilancarkan pada penghujung tahun ini. 

https://www.thevocket.com/5-pembaharuan-sony-playstation-5-yang-bakal-dilancarkan-hujung-tahun-ini/

https://www.thevocket.com/kehadiran-laman-web-beri-bayangan-ps5-bakal-dilancarkan-tidak-lama-lagi/

Sumber
Exit mobile version