OSOM V1 merupakan sebuah peranti yang bakal ditawarkan tidak lama lagi oleh bekas kakitangan Essential. Telefon pintar ini tampil berbeza dari yang sedia ada di pasaran kerana mementingkan privasi dan sekuriti penggunanya.

Namun, kini OSOM V1 nampaknya telah dibatalkan tetapi akan dilancarkan dengan nama baharu yang dikenali sebagai Solana Saga yang menfokuskan kepada kripto di mana OSOM telah berkerjasama dengan syarikat teknologi Web3, Solana bagi menghasilkan Saga.

Sumber Gambar: gfinityesports

Difahamkan rekaan pada model ini masih kekal sama cuma berlaku perubahan pada bahagian perisian termasuklah integrasi kriptowang, token dan blockchain. Saga menyasarkan untuk mengimplemenkan ciri aset digital pada produk dan servisnya agar pengguna boleh berurus niaga dengan mudah menggunakan kriptowang mereka menerusi peranti sahaja.

Dari segi spesifikasi, Solana Saga ini mempunyai paparan skrin 6.55-inci OLED dengan janaan cip Snapdragon 8+ Gen 1 lalu dipadankan memori 12GB RAM dan storan dalaman 512GB. Selain mempunyai kamera utama 50-megapixel, model ini juga turut dilengkapi dengan bateri berkapasiti 4,100 mAh.

Sumber Gambar: Youtube

Peranti ini bakal dijual secara pra tempahan pada harga $1,000 (~RM4,400). Selaras dengan menfokuskan kriptowang, anda perlu membayar pra-tempahan menggunakan kriptowang berasaskan Solana. Peranti ini akan mulai dipasarkan pada suku pertama tahun 2023.

Pelancaran model ini sekaligus menjadikan Solana sebagai antara penawar kriptowang pertama yang melancarkan telefon pintar tersendiri.

Baru-baru ini TAG Heuer telah memperkenalkan kemas kini terbaharu bagi memaparkan karya NFT pada jam pintar mereka.

TAG Heuer Perkenalkan Kemas Kini Bagi Memaparkan Karya NFT Pada Jam Pintar

Didakwa Sekadar Gimik, Ratusan ‘Penunjuk Perasaan’ Melakukan Protes Terhadap NFT Di Amerika Syarikat

Sumber