Follow VOCKET di Telegram untuk isu isu viral terkini

Sehingga ke hari ini, kita masih belum berpeluang untuk menikmati ciri pembayaran Apple Pay yang serba mudah dan cepat. Namun, perkara ini mungkin akan berubah tidak lama lagi selepas beberapa platform terkemuka tempatan mulai memberi bayangan kehadiran ciri pembayaran itu.

Kini giliran Shopee pula mengemas kini perkhidmatan mereka dengan menambah satu lagi kaedah bayaran baharu pada platform e-dagang mereka iaitu Apple Pay. Setakat ini, ciri berkenaan masih belum diaktifkan lagi namun penambahan ini menandakan ia akan diperkenalkan di Malaysia tidak lama lagi.

Sumber Gambar: Amanz

Kehadiran ini juga dikatakan selari dengan khabar angin yang mengatakan Apple Pay bakal diperkenalkan di Malaysia pada awal Ogos 2022 ini. Malah, sebelum ini pihak AmBank sendiri telah memperlihatkan secara tidak sengaja sokongan Apple Pay yang akan diperkenalkan di Malaysia.

Apple Pay merupakan perkhidmatan yang membolehkan pengguna pautkan kad kredit dan debit ke akaun Wallet lalu boleh digunakan untuk melakukan pembayaran secara atas talian atau pun kedai fizikal. Paling menarik sekali ia boleh dipautkan pada Apple Watch untuk membuat pembayaran tanpa sentuhan.

[Sekejap] Belajar cara trade NFT dalam Bahasa Melayu. Belajar Sekarang!

Sumber Gambar: Amanz

Penambahan ciri baharu Apple Pay pada Shopee ini menandakan Malaysia mungkin bakal berpeluang melihat pengenalan secara rasmi dalam masa terdekat ini. Pengguna tegar Apple pasti sudah tidak sabar untuk mencuba ciri ini pada masa kelak.

Baru-baru ini BigPay juga baru sahaja menawarkan penghantaran wang secara terus ke 38 buah negara di UK dan Eropah.

BigPay Sedia Tawarkan Penghantaran Wang Secara Terus Ke 38 Buah Negara Di UK Dan Eropah

Maybank2U Hadir Dengan Ciri Menetapkan Had Transaksi Pembayaran FPX Harian