Follow VOCKET di Telegram untuk isu isu viral terkini

SneakerLAH merupakan satu tempat tumpuan buat peminat streetwear dan shoes collector di Malaysia. Malah, sudah sekian lama wujud untuk memenuhi keperluan style anda tidak kiralah jenama dari dalam mahu pun luar negara.

Terkini, SneakerLAH selaku nama tersohor komuniti sneaker Malaysia telah mendapat penilaian sebanyak RM35.3 juta daripada sebuah syarikat gergasi Korea Selatan, NAVER menerusi syarikat gabungan dan platform reseller, KREAM.

Sumber Gambar: Vocket

Platform KREAM memilih untuk membeli 22.47% pegangan bernilai RM7.48 juta daripada Shake Hands Sdn Bhd iaitu syarikat induk SneakerLAh. Untuk memacu perkembangan di Asia, KREAM dilaporkan telah meminjam sebanyak RM294 juta daripada syarikat induknya untuk melabur pada platform-platform berpotensi di Asia.

Perbincangan antara kedua belah pihak ini telah pun bermula sejak tahun 2021 lalu dan kemudiannya dimuktamadkan pada Jun tahun ini sebagai sebahagian daripada perancangan pengembangan perniagaan di seluruh Asia oleh KREAM.

Sumber Gambar: Mashable SEA

CEO Sneakerlah, Bryan Chin menyatakan beliau sangat  teruja untuk melihat bagaimana Sneakerlah boleh berkembang dengan lebih jauh dengan rangkaian peminat yang lebih besar merentasi Asia menerusi kerjasama strategik bersama platform NAVER KREAM.

Ditambah pula barangan lifestyle terutamanya edisi terhad seperti kasut yang sentiasa menjadikan ia lebih berharga sekaligus menjadi buruan peminatnya. Hal ini membuatkan pasaran jualan semula barangan lifestyle menjadi lebih besar dan terus berkembang maju sejak sedekad yang lalu.

[Sekejap] Belajar cara trade NFT dalam Bahasa Melayu. Belajar Sekarang!

Sumber Gambar: Mashable SEA

Dalam pada itu, syarikat NAVER berharap dengan pengembangan ini dapat meluaskan lagi penawaran produk merentasi Asia dan mewujudkan platform jualan semula tanpa sempadan. Jadi, pengguna dan pelanggan boleh berdagang secara langsung barangan seperti kasut edisi terhad, pakaian dan jam tangan.

Penggunaan kolaborasi seperti ini bakal memberikan hasil pertumbuhan 21 kali ganda lebih cepat daripada industri runcit tradisional dan dijangka mencapai anggaran global mencecah RM226 juta menjelang 2023 kelak. Malah, kategori jualan kasut sukan telah diramalkan akan mencecah lebih RM500 bilion pada tahun 2023.

Sumber Gambar: Time Out

Ujar Bryan Chin lagi, kolaborasi ini juga mengukuhkan lagi kedudukan SneakerLAH di serantau Asia sebagai platform yang bereputasi untuk pertukaran pengetahuan dan budaya streetwear di seluruh Asia. Malah, beliau sangat berbangga dengan SneakerLAH yang mampu menjadi wakil negara untuk kolaborasi kali ini.

SneakerLAH kembali lagi untuk edisi tahun 2022 bertempat di Mid Valley Exhibition Center bermula 3 September sehingga 4 September depan. Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut seperti tiket masuk menerusi Instagram dan laman rasmi SneakerLAH.

Selain itu, syarikat TNG eWallet juga baru sahaja berjaya mendapatkan suntikan dana pelaburan sejumlah RM750 juta daripada Lazada.

TNG eWallet Raih Suntikan Dana Pelaburan Bernilai RM750 Juta Daripada Lazada

Binance Beri Bayangan Bakal Kembali Ke Pasaran Malaysia Berikutan Pelaburan Dalam MX Global