Pembayaran secara digital atau e-wallet sudah menjadi suatu perkara yang biasa bagi negara yang sedang pesat membangun. Hal ini kerana pengguna dilihat lebih mudah berurusan serta selamat dengan penggunaan e-wallet.
Menerusi Laporan Prestasi Industri (IPR) pada tahun 2020 yang telah diterbitkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), didapati majoriti rakyat Malaysia masih bergantung kepada pembayaran secara tunai dalam urusan jual beli.
Merujuk kepada kaji selidik yang dibuat oleh Netizen eXperience (NX), sebanyak 29.3% rakyat Malaysia masih berurusan secara tunai pada sepanjang tahun 2020 yang lalu. Akan tetapi, kita dapat lihat peningkatan yang sangat drastik pada pembayaran secara e-wallet di mana meningkat sebanyak 131% yang mempunyai nilai transaksi terkumpul sebanyak RM600 juta sepanjang tahun lalu.
Berdasarkan gambar di atas, sejumlah 28.6% daripada rakyat Malaysia telah menggunakan servis e-wallet manakala 27.4% lagi telah membuat pembayaran melalui kad debit.
Menerusi pemerhatian yang dibuat oleh Rakuten Insight, terdapat 3 servis pembayaran elektronik yang paling popular di kalangan pengguna Malaysia sepanjang tahun lalu terdiri daripada Touch ‘n Go, Boost dan GrabPay.
Jangkaan jumlah penggunaan e-wallet dijangka akan meningkat menjelang akhir tahun ini memandangkan pelbagai usaha yang dilakukan oleh pihak penyedia e-wallet dalam mempromosi transaksi secara digital. Penggunaan e-wallet juga dapat menggurangkan kontak rapat antara orang awam sewaktu transaksi.
Sebelum ini, kerajaan juga pernah menyalurkan sebahagian insentif kepada rakyat melalui e-wallet sahaja.
Kredit ‘E-Wallet’ Bernilai RM50 Bakal Ditawarkan Pada Penghujung Julai Ini
https://www.thevocket.com/pas-my30-serendah-rm1-sehari-dan-kredit-e-wallet-rm50-oleh-kerajaan-jadi-tumpuan-netizen/