Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia kini mengeluarkan notis tiada bantahan kepada cadangan gabungan antara syarikat telekomunikasi Celcom dan Digi. Pihak SKMM juga telah menjalankan penilaian menyeluruh terhadap penggabungan ini.

Selain itu, SKMM menambah lagi bahawa Celcom dan Digi telah mengemukan sesuatu aku janji yang mengandungi komitmen untuk mengatasi isu-isu persaingan yang telah diketengahkan.

Sumber Gambar: Sinar Harian

Digi dan Celcom merupakan pengendali perkhidmatan mudah alih kedua dan ketiga terbesar pada masa kini dan penggabungan ini menjadikan mereka sebagai penggendali terbesar mudah alih di Malaysia.

Dengan kelulusan ini, kita akan melihat Celcom dan Digi bakal melalui proses penggabungan termasuklah pemindahan saham dan proses-proses berkaitan dalam membentuk entiti baharu yang bakal menjadi syarikat telekomunikasi terbesar di Malaysia.

Pada tahun ini juga, Amazon Web Services dilaporkan berminat untuk membangunkan pusat data di Malaysia.

Amazon Web Services Dijangka Akan Bangunkan Pusat Data Di Malaysia

Foxconn Berhasrat Membuka Kilang Di Malaysia Bagi Menghasilkan Cip Untuk Kenderaan Elektrik

Sumber