Syarikat Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bersama dengan pihak industri telekomunikasi bakal menyediakan beberapa pakej tambah nilai khas bersempena bulan kemerdekaan untuk kemudahan rakyat. Syarikat penyiaran televisyen swasta juga turut serta di dalam program tersebut.

Menerusi siaran terbaru SKMM, antara tawaran yang tersedia adalah Tawaran Pakej Peranti RM1 bagi membolehkan semua rakyat memiliki atau menaik taraf pelbagai peranti mudah alih yang menyokong 4G dan Volte dengan bermula serendah RM1 sahaja.

vocket-tech-news-skmm-data-2
Sumber Gambar: CTV news

Selain daripada itu, pemberian data harian sebanyak 1GB oleh penyedia perkhidmatan rangkaian telekomunikasi secara percuma kepada semua pengguna perkhidmatan yang bakal dilanjutkan sehingga 31 Disember 2021. Syarikat telekomunikasi yang terlibat termasuklah Celcom, Digi, Maxis, Telekom Malaysia, Umobile dan YTL.

Seterusnya, inisiatif Learn From Home(LFH) oleh pihak YTL dalam menyokong sistem pendidikan juga bakal dilanjutkan sehingga 31 Disember kelak. Dari pihak penyiar swasta seperti Astro dan Unifi pula bakal memberikan akses tontonan secara percuma beberapa premium terpilih kepada pelanggan mereka.

Pakej-pakej yang ditawarkan ini dijangka memberi kemudahan dan manfaat kepada rakyat untuk menempuhi perubahan norma baharu dalam pendidikan, perkerjaan dan sebagainya.

Sementara itu, anda boleh meneruskan bacaan dengan seleksi artikel-artikel terkini daripada kami menerusi pautan di bawah.

“PayPal Sapu RM189,000” – Pakdin Nasty

Malaysia Tidak Tersenarai Dalam Rancangan Kabel Dasar Laut Baharu Facebook

Sumber