Sejak daripada awal servis stesen satelit TV swasta diperkenalkan di Malaysia, Astro berjaya menjadi satu-satunya stesen yang menawarkannya. Walaubagaimanapun, monopoli Astro nampaknya bakal dipecahkan tidak lama lagi apabila servis satelit TV yang dikenali sebagai ‘Sirius TV’ bakal diperkenalkan seawal Jun ini.
Berdasarkan maklumat yang diterima, Sirius TV bakal menawarkan sebanyak 30 rancangan TV beserta 60 rancangan video on demand ditayangkan setiap hari. Servis ini bakal mula dimulakan bermula pertengahan May ini buat para penonton dengan kerjasama bersama Smart Digital International.
Setakat ini, masih belum terdapat sebarang info rancangan TV manakah yang bakal ditayangkan Sirius TV. Servis ini dilaporkan sedang dalam persiapan akhir sebelum menawarkan servis tayangan buat para peononton.
Untuk pengetahuan, perjanjian 20 tahun monopoli stesen servis TV buat Astro telahpun berakhir pada Februari 2017. Berakhirnya perjanjian ini secara tidak langsung bakal membuka peluang buat stesen servis TV lain untuk mula menawarkan servis mereka.