vivo baru sahaja melancarkan siri vivo X70 terbaharu yang merangkumi tiga model iaitu vivo X70 Pro+, vivo X70 Pro dan vivo X70. Pada kali ini, pihak vivo dilihat mahu menfokuskan pada aspek fotografi kepada ketiga-tiga buah model ini dengan menyediakan sensor kamera yang lebih besar bersama teknologi Zeiss.

Ketiga-tiga buah model mempunyai rekaan yang seakan sama tetapi terdapat perbezaan yang telah diubah suai mengikut varian tersendiri dengan berlainan spesifikasi juga. vivo turut menampilkan cip pemprosesan kamera buatan mereka sendiri iaitu cip iSP V1 bagi tujuan fotografi.

Sumber Gambar: Gizchina

vivo X70 Pro+ merupakan model yang paling teratas di dalam siri X70 kali ini dengan spesifikasi yang cukup berkuasa di mana kehadiran cip Snapdragon 888+ dengan memori sehingga 12GB RAM dan storan dalaman mencecah 512GB. Skrin bersaiz 6.78 inci AMOLED FHD+ berserta sokongan 120Hz refresh rate.

Kapasiti bateri sebesar 4,500 mAh yang menyokong pengecasan 55W menerusi kabel dan 50W secara wireless. Kamera utama pula dilengkapi dengan 50MP sudut lebar, 48MP ultra sudut lebar, 12MP potret dan 8MP zum periskop dilengkapi sistem gimbal 4 paksi yang mana turut dimuatkan dengan cip iSP V1. Kamera hadapan pula ditawarkan dengan sensor 32MP.

Sumber Gambar: Gsmarena

Model vivo X70 Pro hadir dengan skrin 6.56 inci AMOLED FHD+ dengan sokongan 120Hz refresh rate. Dari segi penggunaan cip, X70 Pro dipadankan dengan cip Exynos 1080 bersama memori sehingga 12GB RAM dan storan dalaman sehingga 512GB. Bateri sebesar 4,450 mAh yang menyokong pengecasan 44W sahaja.

Sistem kamera utama masih menggunakan 50MP sudut lebar, 12MP ultra sudut lebar, 12MP ultra sudut lebar, 12MP potret dan 8MP dengan zum periskop yang juga tersedia cip iSP V1. Dan kamera hadapan hadir dengan sebesar 32MP juga.

Sumber Gambar: Gsmarena

Model ketiga pada kali ini iaitu X70, hadir dengan skrin 6.56 inci AMOLED FHD+ bersama 120Hz refresh rate dan dijana oleh cip Mediatek Dimensity 1200. Ditambah pula memori sehingga 256GB dan bateri sebesar 4,400 mAh yang menyokong pengecasan 44W.

Dari segi kamera pula, lensa utama sebesar 40MP sudut lebar, 12MP ultra sudut lebar, dan 12MP potret. Kamera hadapan masih menggunakan lensa sebesar 32MP juga. Model ini terkecuali daripada dilengkapi dengan cip pemprosesan vivo memadangkan ia ditawarkan pada harga mampu milik.

Bagi harga jualan, vivo X70 Pro+ bakal ditawarkan pada harga bermula RMB 5499 (~RM 3532). Sementara itu, vivo X70 Pro akan ditawarkan harga bermula RMB 4299 (~RM 2761) dan terakhir sekali vivo X70 boleh didapati pada harga bermula RMB 3699 (~RM 2376) sahaja.

Lihat kehebatan kamera model vivo X60 Pro yang mampu menghasilkan sebuah filem pendek yang berkualiti tinggi menerusinya.

Berjaya Hasilkan Filem The Incident Guna X60 Pro, vivo Lancar Kempen Visual Creator

Kemampuan Kamera vivo X60 Pro Terbukti Menerusi Kerjasama Dengan Syarikat ZEISS

Sumber