Penawaran segmen peranti bersaiz kompak atau mini bukanlah suatu yang sering dibuat oleh syarikat peranti terkemuka pada saat ini. Pengguna dilihat lebih gemar dengan skrin paparan yang besar untuk pengalaman pelayaran konten yang jelas dan memuaskan.

Lain pula pendekatan yang diambil oleh Samsung pada kali ini apabila timbul dakwaan yang memaklumkan syarikat ini mungkin menawarkan model daripada siri Galaxy S22 dengan saiz yang lebih kecil. Perkongsian yang dibuat oleh Ice Universe melaporkan bahawa siri Galaxy S22 akan dilengkapi dengan bateri yang kecil berbanding sebelum ini.

Hal ini sekaligus menimbulkan spekulasi tentang Samsung yang berhasrat menawarkan pilihan telefon pintar bersaiz kompak kepada pengguna dalam pengenalan siri Galaxy S22 kelak.

Jika perkara ini benar-benar dalam perancangan Samsung, kita akan dapat lihat sebuah model Galaxy S22 yang disertakan bateri sebesar 3,700mAh di mana ianya lebih rendah berbanding model sebelumnya sekitar 4,000mAh.

Pengeluaran model ini pastinya bakal menjadi pencabar terdekat kepada model Apple iPhone 13 mini. Buat peminat model telefon pintar Android bersaiz kompak, ini mungkin model yang anda boleh pertimbangkan sekiranya ditawarkan kelak.

Model Galaxy Z Fold3 5G dan Z Fli3 5G telah dilancarkan secara rasmi di Malaysia yang boleh didapati pada harga RM3,999.

Samsung Galaxy Z Fold3 5G Dan Z Flip3 5G Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia Bermula RM3,999

Baru Sahaja Dilancarkan, Samsung Sudah Mulai Perli ‘Inovasi’ Model iPhone 13 Pro

Sumber