Bermula Oktober tahun lalu, Apple telah mengumumkan tidak akan menyertakan lagi EarPods dan pengecas di dalam kotak iPhone untuk mengurangkan pengeluaran karbon dan mengelakkan perlombongan sumber bumi. Sebaliknya pula yang terjadi buat mereka yang membeli siri iPhone 13 menerusi negara Perancis.

Terbaharu, kesemua model siri iPhone 13 masih disertakan EarPods di dalam kotak khusus untuk negara Perancis. Hal ini berikutan terdapat undang-undang di Perancis mewajibkan semua telefon pintar menyertakan ‘kit bebas tangan’ untuk mengelakkan kanak-kanak berumur di bawah 14 tahun daripada potensi radiasi elektromagnetik.

SumBer Gambar: Techzle

Laman rasmi Apple di Perancis turut mengesahkan tentang keberadaan EarPods bersama kabel pengecas lighting menerusi semua model iPhone 13 yang dijual di negara tersebut. Lanjutan daripada itu, Apple telah membawakan dua kotak berbeza untuk bungkusan iPhone di sana yang mana kotak standard iPhone akan dimasukkan ke dalam kotak yang lebih besar yang mengandungi EarPods.

Nampaknya Apple masih mahu menawarkan peranti iPhone mereka kepada semua pengguna di seluruh dunia selagi polisi di sesebuah negara tersebut masih boleh dipenuhi. Sementara di negara-negara lain, EarPods ditawarkan secara berasingan buat mereka yang berminat.

Dikhabarkan kesemua unit pra-tempahan model iPhone 13 Pro Max telah habis terjual menerusi laman rasmi Apple Malaysia dan beberapa laman lain.

Baru Sahaja Dibuka Pra-Tempahan, iPhone 13 Pro Max Berjaya ‘Sold Out’ Dalam Tempoh Yang Singkat

Baik Pulih iPhone 13 Oleh Pihak Ketiga Mampu Menyebabkan Kegagalan Face ID

Sumber