Siri iPhone 13 telah menunjukkan perkembangan positif dengan penjualannya yang cukup memberangsangkan di seluruh negara. Stok yang tidak mencukupi serta berlarutan dengan panjang di kedai-kedai peranti membuktikan iPhone 13 sememangnya menjadi rebutan ramai dan mempunyai populariti tinggi di kalangan pengguna dunia.

Terbaharu, penjualan siri iPhone 13 telah melepasi sasaran dan jangkaan pihak Apple sendiri selepas mengatasi jualan siri iPhone 12 sebelum ini. Di Amerika Syarikat, penjualan iPhone 13 untuk enam minggu pertamanya menunjukkan peningkatan sebanyak 14% lebih tinggi daripada iPhone 12 dalam tempoh yang sama.

siri iphone 13
Sumber Gambar: BBC News

Dalam enam minggu jualannya, iPhone 13 Pro Max merupakan model yang paling popular yang hadir dengan penawaran kapasiti storan sehingga 1TB buat pertama kalinya.

Lanjutan daripada jumlah jualan yang cukup baik, Apple turut dilaporkan sangat yakin dengan prestasi jualan iPhone 13 dengan membuat tempahan sebanyak 100 juta cip pemprosesan Apple A15 Bionic daripada syarikat Taiwan, TSMC. Ini bermakna mereka dijangka untuk meningkatkan lima juta unit daripada 95 juta unit pada sasaran awalnya.

Sumber Gambar: Engadget

Menarikya, firma penganalisis juga menjangkakan iPhone 13 bakal mengatasi prestasi siri model sebelumnya dalam jangka masa panjang. Melihat kepada jumlah penjualan siri iPhone 13, tidak mustahil model ini mampu terjual sehingga 100 juta unit sebelum model baharu dilancarkan.

Pada September lalu, Apple telah berjaya merekodkan penjualan 2 billion unit iPhone kepada pengguna sejak ia mulai dilancarkan kepada pengguna.

Apple Berjaya Jual 2 Bilion iPhone Kepada Pengguna Sejak Mulai Dilancarkan

Kos Untuk Hasilkan Apple iPhone 13 Pro Cuma Sekitar RM2,381 Sahaja

Sumber